Sabtu, 5 April 2014

PROGRAM SKOR A ( KOLABORASI CO 11 )

Program Skor A ( Kolaborasi CO 11 ) telah dijalankan di SK Tun Sas pada hari ini. Program ini disertai oleh 5 buah sekolah yang terlibat dalam Kumpulan CO11 iaitu SK Tun Syed Ahmad Shahabudin,SK Batu Berendam 2,SK Batu Berendam, SK Ayer Molek dan SRA Jaim Tun Razak.

Murid yang terlibat adalah seramai 130 orang dari 5 buah sekolah tersebut.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia,Tn.Hj. Mohd Arif bin Hj. Yusa,Pengerusi JAPERUN Ayer Keroh pada pagi ini.

Turut hadir ialah Tn. Hj. Adam Hj. Muhammad,Guru Besar SK Tun Sas, Pn.Hjh Safiah Bt Hj. Sharif,Guru Besar SK Batu Berendam 2, En. Zainal bin Hj. Muhammad Katas,Guru Besar SK Batu Berendam,Ph. Hjh Nor Aissah bin Mohamed,Guru Besar SK Ayer Molek dan GPK Ko-Kurikulum SRA Jaim Tun Razak.

Program ini dijalankan bertujuan untuk memantapkan pencapaian A murid dalam matapelajaran Sains dan Bahasa Inggeris disamping untuk meningkatkan motivasi dan semangat murid . Ianya juga bertujuan agar mmurid dapat didedahkan dengan kumpulan dan suasana baru dengan berinteraksi sesama murid cemerlang dari sekolah yang berlainan.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan