Khamis, 26 Jun 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH KEJOHANAN SKUASY MELAKA TERTUTUP MILO 2014

Kejohanan Skuasy Tertutup Melaka Milo 2014 telah diadakan pada 18 hingga 21 Jun 2014 di Gelanggang Skuasy Hang Jebat,Krubong,Melaka.Semua peserta telah diiringi oleh Puan Rosnah Bahari, Penyelaras Sukan Elit SK Tun Sas.

Pasukan Skuasy SK Tun Sas telah menyertai kejohanan ini dan berikut adalah keputusannya.

1. Mohd Khair Ammar           -       tempat ke 2 bawah 11 tahun ( lelaki )
2. Alesya Renai                       -      tempat ke 3 bawah 11 tahun  ( perempuan )
                                                      tempat ke 2 bawah 9 tahun ( perempuan )
3. Mohd Shahmeen Farhan      -     tempat ke 3 bawah 11 tahun ( lelaki )
4. Zetty Kastina                       -     tempat ke 3 bawah 9 tahun ( perempuan )

Majlis penyampaian sijil dan hadiah iringan telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Adam bin Hj Mohammad
Guru Besar SK Tun Sas semasa perhimpunan ringkas pada 24 Jun 2014 ( Rabu )

Tahniah buat semua dan berusaha untuk menjana kecemerlangan SK Tun Sas dalam sukan elit ini.




Isnin, 23 Jun 2014

SUKAN TAHUNAN SK TUN SAS KALI KE 4

Kejohanan Sukan Tahunan SK Tun Sas telah dilaksanakan dengan jayanya pada 21 Jun 2014 ( Sabtu ).
Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berbahagia ,Dato' Hj Ramli bin Hj Ismail,Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Tasik Utama ,Ayer Keroh. Yang Berbahagia Dato' telah diwakili oleh Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Tasik Utama iaitu Tn. Hj. Fauzi.

Turut hadir semasa majlis perasmian ialah Tn. Hj. Arif bin Hj Yusa, Yang Dipertua PIBG SK Tun Sas dan seluruh jawatankuasanya.

Ucapan ribuan terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia Dato' kerana sudi merasmikan Kejohanan Sukan SK Tun Sas kali yang ke 4 ini