Isnin, 18 Mei 2015

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2015

Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan dengan meriahnya di Dataran Tun Tuah,SK Tun SAS pagi ini. Majlis ini disempurnakan perasmiannya oleh Tn. Hj. Mohd Arif bin Hj. Yusa,Yang Dipertua PIBG SK Tun SAS.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan surah Yassin pada jam 7.30 pagi yang disertai oleh semua warga guru SK Tun SAS. Ianya diikuti dengan nyanyian lagu-lagu rasmi sekolah dan ucapan daripada wakil murid.

Encik Kamaruddin Abdul Majid ,GPK Pentadbiran membacakan perutusan daripada KPPM dan selepas itu pula perutusan daripada Menteri Pendidikan yang dibacakan oleh Tn. Hj. Adam Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS.

Ucapan perasmian telah diberikan oleh Tn. Hj. Mohd Arif Hj Yusa,Yang Dipertua PIBG SK Tun SAS.

Seterusnya upacara memotong kek Hari Guru oleh Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Arif Hj. Yusa dan Tn. Hj. Adam Hj. Mohammad ,Guru Besar SK Tun Sas serta semua GPK .Semua guru menyanyikan lagu ' Guru Malaysia '

Bacaan ikrar guru diketuai oleh En. Syed Salleh Syed Ismail,Pengerusi Kelab Staf SK Tun SAS.









Isnin, 11 Mei 2015

CERAMAH PENCEGAHAN INFLUENZA H1N1 DI KALANGAN MURID SEKOLAH

Program Ceramah Pencegahan Influenza H1N1 di kalangan murid sekolah telah diadakan pada hari ini.
Ceramah telah disampaikan oleh Dr.Leong Chen Seng dan SSN Chiew Khean Lee daripada Hospital Pantai Ayer Keroh.

Program ini melibatkan murid-murid tahun 4 ini telah dijalankan di Dewan Tun Fatimah SK Tun SAS.

PERLAKSANAAN UJIAN BAHASA ARAB (KERTAS 2 ) DAN JAWI TAHUN 2015