Rabu, 26 November 2014

PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2014

Majlis Pengumuman Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) 2014 telah diadakan pada hari ini di Pusat Sumber SK Tun Sas. Majlis telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun Sas.

Seramai 22 orang murid telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2014 .

SENARAI NAMA MURID YANG MENDAPAT 5A

1. Ahmad Akmal Haziq bin Zulkifli
2. Ahmad Naqiuddin bin Ahmad Sophien
3. Aiesyah Farhana binti Aziz
4. Aisyah binti Sifi
5. Caroline Ruth Periera
6. Farisha Azira binti Mohd Akhir
7. Haikal bin Mansor
8. Harris Husna bin Husney
9. Marina binti Mohamed Rostam
10. Muhamad Husain bin Mohd Juzaila
11. Muhammad Aiman Firdaus bin Asri
12. Muhammad Amir Naufal bin Herray
13. Nik Amzar Syahmi bin Md Nazari
14. Nur Irdina Puteri binti Fawzi
15. Nur Tasneem binti Samsuddin
16. Nur Zakirah binti Mohd Nizam
17. Nurbatrisya binti Muhamad Kamal
18. Nurin Insyirah
19. Nurul Afiqah binti Mazlan
20. Nurzahirah Dinah binti Zaharudin
21. Siti Safiyyah binti Mohd Zainal Abidin
22. Anis Syazana Sofea binti Shaharuddin

TAHNIAH BUAT SEMUA YANG BERJAYA MENDAPAT 5A






Jumaat, 21 November 2014

CUTI PERSEKOLAHAN AKHIR TAHUN 2014

Cuti Persekolahan Akhir Tahun 2014 akan bermula pada 
22 November 2014 hingga 4 Januari 2015.
Semua murid diharapkan dapat menghabiskan cuti persekolahan ini dengan aktiviti yang berfaedah dan sentiasa menjaga keselamatan diri sepanjang cuti ini.

Bagi murid Tahun 6 , Keputusan UPSR akan diumumkan pada 26 November 2014(Rabu) di Pusat Sumber Sekolah . Murid-murid tahun 6 dikehendaki hadir ke sekolah pada tarikh tersebut dengan berpakaian seragam sekolah. Ibubapa/Penjaga juga digalakkan hadir bersama semasa pengumuman keputusan tersebut.

SELAMAT BERCUTI DARIPADA SELURUH WARGA SK TUN SAS.


PENYAMPAIAN MEDAL PERTANDINGAN BOLASEPAK 5 SEBELAH SEMPENA KARNIVAL GEGAR SK BUKIT RAMBAI

Pasukan Bolasepak SK Tun Sas bawah 10 tahun telah menyertai Pertandingan Bola Sepak 5 Sebelah sempena Karnival Gegar SK Bukit Rambai pada 16 November 2014 ( Ahad ) lalu.
Keputusannya ialah pasukan SK Tun Sas berjaya mendapat tempat ke 4 keseluruhan.
Majlis penyampaian medal kemenangan telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Adam Hj Mohammad,Guru Besar,SK Tun Sas dalam majlis ringkas pada pagi ini.
Tahniah buat pasukan Bolasepak SK Tun Sas.






SENARAI BUKU TULIS DAN PERALATAN 2015



Khamis, 20 November 2014

JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB STAF SK TUN SAS 2014

Jamuan Akhir Tahun Kelab Staf SK Tun Sas telah diadakan pada hari ini di King's Hotel , Melaka. Jamuan ini disertai oleh semua guru dan staf sokongan SK Tun Sas.





HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2014

Hari Anugerah Kecemerlangan SK Tun Sas telah diadakan pagi ini di Dewan Tun Fatimah,SK Tun Sas.
Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berbahagia,Encik Sapian bin Abu Sop, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas ( JASA ) Negeri Melaka.




Jumaat, 14 November 2014

TAHNIAH ADIK ALYSSA RENAI AZIZ ATAS KEJAYAAN MENDAPAT HADIAH INSENTIF SPORTEXCEL 2014

Tahniah kepada Adik Alyssa Renai Aziz kerana telah mendapat hadiah insentif daripada SportExcel berjumlah RM1,000 semalam.
Sumbangan hadiah insentif ini adalah sebagai galakan kepada atlit muda Malaysia dalam pelbagai bidang sukan yang diceburi.
Hadiah disampaikan oleh Yang Berbahagia, Tuan Imran Tuanku Jaa'far,Pengerusi SportExcel yang juga menjadi Presiden Majlis Olimpik Malaysia dalam satu majlis yang diadakan semalam.
Penerima termuda adalah pemain skuasy berusia sembilan tahun Alyssa Renai Aziz dari Melaka untuk memenangi two legs daripada SportExcel Bawah 9 National Junior Sircuit pada tahun 2013.


 

SEKITAR KARNIVAL USAHAWAN TAHUN 6 - 2014











PROGRAM CERAMAH TENTANG DENGGI BERSAMA PASUKAN COMBI TASIK UTAMA DAN PUSAT KESIHATAN DAERAH

Unit Bebas Denggi SK Tun Sas bersama dengan Pasukan Combi Tasik Utama dan Pusat Kesihatan Daerah telah mengadakan kempen mencegah denggi.
Pihak Pusat Kesihatan Daerah telah memberikan satu penerangan ringkas tentang deman denggi dan cara menghindarkan didir dari dijangkiti denggi.
Turut hari ialah Tn. Hj Arif bin Yusa ,Yang Dipertua PIBG SK Tun Sas, En. Zulkarnain bin Haron, Pengerusi Pasukan COMBI Tasik Utama,En. Gabriel , Pegawai Kesihatan Daerah dan barisan GPK SK Tun Sas serta sukarelawan COMBI Tasik Utama.





 

Rabu, 12 November 2014

LAWATAN EHSAN BADAN KEBAJIKAN SK TUN SAS

Badan Kebajikan SK Tun Sas telah mengadakan satu lawatan ehsan terhadap murid tahun 1Kesturi , Adik Farisya yang telah mendapat kecederaan di tangan dan menjalani pembedahan di Hospital Besar Melaka.

Turut hadir bersama lawatan ini ialah Tn. Hj Arif bin Hj. Yusa ,Yang Dipertua PIBG SK Tun Sas , Tn. Hj. Adam bin Mohammad, Guru Besar SK Tun Sas ,Penyelaras Badan Kebajikan Murid SK Tun Sas, Pn. Noor Harizawati dan Pengerusi Kelab Staf SK Tun Sas, En. Syed Salleh...

Seluruh warga SK Tun Sas mendoakan agar  adik Farisya cepat sembuh.




SEKITAR JAMUAN AKHIR TAHUN 2014 PEMIMPIN PELAJAR SK TUN SAS