Ahad, 26 Jun 2011

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM 2011

Unit Ko Kurikulum SK Tun Sas akan mengadakan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform 2011 pada:

                 Tarikh  :  9 - 10 hb Julai 2011
                  Hari    :  Sabtu / Ahad
          Penglibatan :  1. Pergerakan Pengakap Malaysia
                               2. Persatuan Bulan Sabit Malaysia
                               3. Puteri Islam
                               4. Tunas Puteri
                               5. Kadet Remaja Sekolah

Pelbagai aktiviti akan dijalankan semasa perkhemahan ini . Antaranya ialah :
                   a ) Pertandingan Mendirikan Khemah
                   b ) Pertandingan Kawad Kaki
                   c ) Ice Breaking
                   d ) Malam persembahan
                   e ) Rawatan Pertolongan Cemas
                   f ) Membuat Gadget
                   g )LDK

Murid-murid yang berminat untuk menyertai sila berhubung dengan En. Rezwan Yaakop untuk maklumat lanjut.




 

Sabtu, 25 Jun 2011

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN ( LDP ) SIRI 3/2011

LDP Siri 3/2011 telah dijalankan pada 25hb Jun 2011 ( Sabtu ). Semua guru SK Tun Sas terlibat dalam LDP ini.
Untuk siri 3 ini Tuan Guru Besar telah memberikan penerangan dan gambaran yang lengkap tentang Standard Kualiti Pendidikan Malaysia ( SKPM ) . Sila klik untuk manual SKPM 2010.
# Manual Standard Kualiti Pendidikan Malaysia





Jumaat, 24 Jun 2011

LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA SELURUH NEGARA


Tarikh : 02 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 7.45 pagi
Tempat : SK Tun Syed Ahmad Shahabudin
Penglibatan : Semua murid, guru, staf sokongan, ibu bapa, ahli keluarga, ahli masyarakat setempat dan lain-lain yang berminat.

Pelancaran peringkat kebangsaan akan diadakan di Padang Dataran Perbandaran (Padang Esplanade), Taiping, Perak Darul Ridzuan.
















MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK :
BAHAGIAN SUKAN,KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SEKITAR HARI BERSAMA PELANGGAN SK TUN SAS 2011

Hari Bersama Pelanggan telah diadakan pada :
           Tarikh  : 24 hb Jun 2011 ( Jumaat )
            Masa  :  9.00pagi hingga 12.00 tgh
         Tempat  :  Kelas Pra Sekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6
















Terima kasih kepada semua ibubapa/penjaga yang telah hadir bersama pada Hari Bersama Pelanggan ini.

Selasa, 21 Jun 2011

LALUAN MASUK DAN KELUAR MURID SEMASA HARI PERSEKOLAHAN

Untuk makluman semua ibubapa/penjaga SK Tun Sas ,pihak pengurusan sekolah telah meneliti dan mengkaji terhadap kesesakan lalu lintas semasa waktu pagi di hadapan pintu masuk utama SK Tun Sas. Oleh yang demikian JK Keselamatan SK Tun Sas dan atas cadangan PIBG SK Tun Sas telah membuat ketetapan bahawa mulai 20 Jun 2011(Isnin) semua murid yang datang ke sekolah melalui pintu masuk utama dari jam 7.00pagi hingga 7.30pagi dikehendaki menggunakan pintu kecil di bahagian kanan pintu masuk utama. Murid-murid yang datang ke sekolah akan berjalan menerusi pintu kecil ini sehingga ke tapak perhimpunan sekolah.

Kerjasama daripada ibubapa/penjaga yang menghantar anak-anak ke SK Tun Sas amatlah diharapkan agar dapat mengurangkan kesesakan di pintu masuk utama SK Tun Sas. Ibubapa/Penjaga adalah diharapkan agar dapat mengelak daripada memberhentikan kenderaan di hadapan pintu masuk utama sekolah. Ibubapa/Penjaga dikehendaki memberhentikan kenderaan di hadapan tempat menunggu bas sahaja untuk menghantar anak-anak. Ini sedikit sebanyak akan dapat mengurangkan kesesakan lalulintas di pintu masuk utama sekolah.

Walau bagaimanapun sekiranya hujan, kenderaan ibubapa/penjaga dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah untuk menghantar anak-anak . 

" KERJASAMA SEMUA IBUBAPA/PENJAGA AMAT DIHARAPKAN "

Sekian untuk makluman dan perhatian tuan/puan.





Pintu Masuk Utama SK Tun Sas.





Tempat Menunggu Bas SK Tun Sas.

Isnin, 20 Jun 2011

9TH PENANG INTERNATIONAL JUNIOR SQUASH CHAMPIONSHIP 2011.

Kejohanan Squash Antarabangsa Pulau Pinang yang ke 9 ( kategori lelaki bawah 11 tahun ) telah berlangsung pada 11-13Jun 2011 yang lalu. SK Tun Sas telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Adik Adam Agan Aziz dari tahun 5 telah berjaya mendapat tempat ke 2 .

 TAHNIAH BUAT ADIK ADAM AGAN .....





Adik Adam Agan menerima trofi dari Tuan Guru Besar.






Trofi yang dimenangi oleh adik Adam Agan.

PELANCARAN PROGRAM NILAM SK TUN SAS 2011

Program NILAM anjuran  Pusat Sumber SK Tun Sas telah selamat dilancarkan oleh Tuan Guru Besar pada 20 Jun 2011(Isnin )
 Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga SK Tun Sas.
Matlamat utama Program NILAM ialah untuk membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid.

Untuk mencapai matlamat tersebut pelbagai aktiviti dirancangkan sepanjang minggu ini
21 JUN 2011 ( Selasa )
Tahun 1   -  Melengkapkan cerita
Tahun 2   -  Teka Penjodoh bilangan
Tahun 3   -  " Cari Saya "
Tahun 4   -  " Minda Kreatif ".
Tahun 5   -  Teka Silang Kata
Tahun 6   -  Melengkapkan Pantun

22 JUN 2011 ( Rabu )
Tahap 1    -   Mewarna gambar dan perkataan
Tahap 2    -  " Puzzle "

23 JUN 2011 ( Khamis )
Tahap 1 dan 2   -  " Si Cilik yang Berani  "

24 JUN 2011 ( Jumaat )
Tahap 1 dan 2  - Kuiz Pengetahuan Am 





Ucapan Perasmian Program NILAM
oleh Tuan Guru Besar SK Tun Sas.





Gimik perasmian oleh Tuan Guru Besar SK Tun Sas.






Persembahan dari murid .

PENETAPAN KADAR SUMBANGAN TAHUNAN PIBG SK TUN SAS 2011

Ucapan ribuan terima kasih atas kehadiran dan sumbangan idea semua ibubapa/penjaga SK Tun Sas semasa Mesyuarat Agung PIBG,SK Tun Sas pada 27 Mac 2011 yang lalu.
Perlaksanaan mesyuarat agung berkenaan ternyata telah mencapai matlamat yang disasarkan khususnya berkaitan penubuhan JK PIBG serta keputusan berhubung kadar bayaran sumbangan ahli serta usul-usul ke arah penambahbaikan peroperasian sekolah ini secara keseluruhannya.

Kadar Bayaran Sumbangan PIBG yang telah ditetapkan ialah seperti berikut :

     1.  Kadar Sumbangan Tahunan        :  RM 50.00 ( Lima Puluh Ringgit Sahaja )
     2.  Ketetapan Pembayaran              :   Dibayar mengikut Keluarga ( Per Keluarga )

Pembayaran bolehlah disalurkan melalui guru kelas anak masing-masing bermula 20 Jun 2011 dan perlu diselesaikan selewat-lewatnya pada atau sebelum 30 Ogos 2011.

Sebarang pertanyaan berkaitan silalah berhubung dengan En. Wan Mohd Shukri bin Wan Ahmad                  ( Setiausaha PIBG ) di talian 06-2322984 ( Sek) atau 013-3510166 ( H/P )

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.

Jumaat, 17 Jun 2011

HARI BERTEMU PELANGGAN SK TUN SAS 2011

Program Hari Bertemu Pelanggan SK Tun Sas akan diadakan pada:

Tarikh   : 24hb Jun 2011 ( Jumaat )
Masa    : 9.00pagi - 12.00 tgh
Tempat : Kelas anak masing-masing. ( Pra Sekolah,Tahun 1 - 6 )

Semua Ibubapa /Penjaga murid dijemput hadir ke sekolah pada tarikh dan masa yang tersebut di atas untuk menandatangani Buku Rekod Kemajuan Murid. Ibubapa/Penjaga juga boleh berbincang tentang kemajuan pelajaran anak masing-masing dengan Guru Kelas/Guru Subjek anak masing-masing.

Ibubapa /Penjaga yang hadir dibenarkan membawa pulang anak masing-masing setelah menandatangani Buku Rekod Kemajuan Murid.
Kerjasama tuan/puan amat dihargai.
Sekian untuk makluman.

SEMAKAN KETEPATAN DATA DALAM BORANG SMM 2011

Sistem Maklumat Murid ( SMM ) yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah satu sistem yang penting yang bermatlamat ke arah pengumpulan serta penyimpanan data tepat serta terkini untuk rujukan berkaitan latar belakang,keluarga,penyaluran bantuan serta lain-lain keperluan.

Bagi memastikan kesahihan data-data kerkenaan makan dipohon jasa baik semua ibubapa/penjaga untuk menyemak ketepatan data-data tersebut menerusi tindakan berikut :
1. Baca dan semak data yang tertera dalam Borang SMM anak tuan/puan.
2. Gunakan pen merah untuk mencatatkan pembetulan atau pindaan jika ada.
3. Catatkan " Tiada Pindaan Maklumat " pada penjuru kiri di bahagian hadapan borang jika semua
    maklumat adalah tepat dan betul.

Sesalinan Borang SMM anak tuan/puan akan disertakan untuk tindakan tuan/puan. Borang yang telah lengkap disemak hendaklah dipulangkan pada atau sebelum 22 Jun 2011.

Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai.
Sekian , terima kasih.

Ahad, 12 Jun 2011

SELAMAT KEMBALI KE SK TUN SAS

Sesi Persekolahan akan bermula mulai 13hb Jun 2011 ( Isnin ) untuk Penggal Kedua. Semua murid SK Tun Sas diharapkan telah bersedia untuk mengikuti sesi pembelajaran seterusnya.
Bagi murid tahun 6 teruskan perjuangan untuk menghadapi UPSR pada bulan September ini.


Jumaat, 10 Jun 2011

PERMOHONAN KE SEKOLAH SENI KPM 2012

Murid-murid Tahun 6 yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 1 di Sekolah Seni  Kementerian Pelajaran Malaysia dikehendaki mengisi Borang Permohonan secara online mulai sekarang .
Bagi murid-murid yang berminat dikehendaki mendaftar dahulu di aplikasi e-SSeM di bawah.

Terdapat 2 buah sekolah seni iaitu

1. Sekolah Seni Johor Bahru,Johor.
2. Sekolah Seni Kuching,Sarawak.

TARIKH TUTUP : 27 JUN 2011.

SILA LAYARI LAMAN WEB KPM  DI BAWAH.

HASIL DARI PROGRAM HARI MUHIBBAH PRA SEKOLAH 2011

Pada 24 April 2011 yang lalu ,Program Hari Muhibbah Pra Sekolah telah dijalankan  dengan jayanya. Hasilnya setelah 50 hari , 25 batang pokok Bunga Raya yang ditanam oleh pelajar Pra Sekolah telah menghasilkan satu landskap yang agak menarik menghiasi bahagian tepi bangunan Pra Sekolah SK Tun Sas.
Pokok bunga raya telah mula berbunga.
 Tahniah untuk semua pelajar Pra Sekolah SK Tun Sas....




PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1MALAYSIA

"Bayangkan anda seorang pejuang kemerdekaan Malaysia. Tulis sepucuk surat yang menceritakan pengalaman dan harapan anda kepada rakyat Malaysia."

Tarikh tutup penyertaan : 30 JUN 2011

Tema untuk menulis surat dalam pertandingan ni ialah "Bayangkan anda seorang pejuang kemerdekaan Malaysia "



a)   Pertandingan ini dibuka dari 1 Mei hingga 30 Jun 2011.
b)   Penyertaan hanya dibenarkan dalam Bahasa Malaysia sahaja.
c)   Setiap penyertaan mestilah menepati tajuk yang diberikan iaitu: 

 “Bayangkan anda seorang pejuang kemerdekaan Malaysia. Tulis sepucuk surat yang menceritakan pengalaman dan harapan anda kepada rakyat Malaysia.”

d)   Surat yang ditulis mesti mengandungi jumlah perkataan seperti berikut:
  - antara 300 hingga 500 patah perkataan untuk Kategori A.
  - antara 500 hingga 1,000 patah perkataan untuk Kategori B.


Siapa yang Layak sertai??

a)   Pertandingan menulis surat ini dibuka kepada 
     -(Kategori A) untuk para pelajar sekolah rendah Tahun 1 hingga Tahun 6  
     -(Kategori B) untuk pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 

b)   Para pelajar yang ingin menyertai mestilah merupakan warganegara Malaysia.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG SYARAT PERTANDINGAN/BORANG PERTANDINGAN DAN CONTOH TOKOH PEJUANG SILA  KLIK  :


SYARAT DAN BORANG PERTANDINGAN

Murid-murid SK Tun Sas digalakkan untuk menyertai pertandingan ini.






Isnin, 6 Jun 2011

PENGARAH PELAJARAN MELAKA YANG BAHARU

Sukacita dimaklumkan bahawa Tuan Hj. Mohamad Yusoff bin Osman, Pengetua SMK Bukit Baru telah dilantik sebagai Tuan Pengarah Pelajaran Melaka yang baharu bagi menggantikan Pn. Hjh. Hajah Juliah bt. Hj. Leman yang telah bersara wajib pada 27 Mei 2011 yang lalu.

hjyusoffpengarah.jpg
Kami warga SK Tun Sas mendoakan agar Tuan akan diberikan kemudahan, kekuatan dan Rahmat Ilahi untuk memacu kegemilangan pendidikan di negeri Melaka yang tercinta, Amin.

Jumaat, 3 Jun 2011

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO SEK. MENENGAH DAN RENDAH.

Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan negeri Melaka dan Jabatan Pelajaran Melaka akan mengadakan Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Menengah dan Rendah Dalam dan Luar Negeri Melaka Musim Cuti Persekolahan Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2011. Untuk Maklumat lanjut sila klik :

SYARAT PERTANDINGAN DAN BORANG

Rabu, 1 Jun 2011

SEKITAR HARI PERTAMA KEM KECEMERLANGAN TAHUN 6



Peserta mendengar arahan dari Ketua Murid SK Tun Sas.



Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan          ( LDK )





Latihan Dalam Kumpulan ( LDK )




Pembentangan hasil LDK mengikut kumpulan.
















Layari Facebook : SK Tun Sas untuk pelbagai gambar semasa Kem Kecemerlangan.