Selasa, 21 Jun 2011

LALUAN MASUK DAN KELUAR MURID SEMASA HARI PERSEKOLAHAN

Untuk makluman semua ibubapa/penjaga SK Tun Sas ,pihak pengurusan sekolah telah meneliti dan mengkaji terhadap kesesakan lalu lintas semasa waktu pagi di hadapan pintu masuk utama SK Tun Sas. Oleh yang demikian JK Keselamatan SK Tun Sas dan atas cadangan PIBG SK Tun Sas telah membuat ketetapan bahawa mulai 20 Jun 2011(Isnin) semua murid yang datang ke sekolah melalui pintu masuk utama dari jam 7.00pagi hingga 7.30pagi dikehendaki menggunakan pintu kecil di bahagian kanan pintu masuk utama. Murid-murid yang datang ke sekolah akan berjalan menerusi pintu kecil ini sehingga ke tapak perhimpunan sekolah.

Kerjasama daripada ibubapa/penjaga yang menghantar anak-anak ke SK Tun Sas amatlah diharapkan agar dapat mengurangkan kesesakan di pintu masuk utama SK Tun Sas. Ibubapa/Penjaga adalah diharapkan agar dapat mengelak daripada memberhentikan kenderaan di hadapan pintu masuk utama sekolah. Ibubapa/Penjaga dikehendaki memberhentikan kenderaan di hadapan tempat menunggu bas sahaja untuk menghantar anak-anak. Ini sedikit sebanyak akan dapat mengurangkan kesesakan lalulintas di pintu masuk utama sekolah.

Walau bagaimanapun sekiranya hujan, kenderaan ibubapa/penjaga dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah untuk menghantar anak-anak . 

" KERJASAMA SEMUA IBUBAPA/PENJAGA AMAT DIHARAPKAN "

Sekian untuk makluman dan perhatian tuan/puan.





Pintu Masuk Utama SK Tun Sas.





Tempat Menunggu Bas SK Tun Sas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan