Jumaat, 10 Jun 2011

PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1MALAYSIA

"Bayangkan anda seorang pejuang kemerdekaan Malaysia. Tulis sepucuk surat yang menceritakan pengalaman dan harapan anda kepada rakyat Malaysia."

Tarikh tutup penyertaan : 30 JUN 2011

Tema untuk menulis surat dalam pertandingan ni ialah "Bayangkan anda seorang pejuang kemerdekaan Malaysia "



a)   Pertandingan ini dibuka dari 1 Mei hingga 30 Jun 2011.
b)   Penyertaan hanya dibenarkan dalam Bahasa Malaysia sahaja.
c)   Setiap penyertaan mestilah menepati tajuk yang diberikan iaitu: 

 “Bayangkan anda seorang pejuang kemerdekaan Malaysia. Tulis sepucuk surat yang menceritakan pengalaman dan harapan anda kepada rakyat Malaysia.”

d)   Surat yang ditulis mesti mengandungi jumlah perkataan seperti berikut:
  - antara 300 hingga 500 patah perkataan untuk Kategori A.
  - antara 500 hingga 1,000 patah perkataan untuk Kategori B.


Siapa yang Layak sertai??

a)   Pertandingan menulis surat ini dibuka kepada 
     -(Kategori A) untuk para pelajar sekolah rendah Tahun 1 hingga Tahun 6  
     -(Kategori B) untuk pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 

b)   Para pelajar yang ingin menyertai mestilah merupakan warganegara Malaysia.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG SYARAT PERTANDINGAN/BORANG PERTANDINGAN DAN CONTOH TOKOH PEJUANG SILA  KLIK  :


SYARAT DAN BORANG PERTANDINGAN

Murid-murid SK Tun Sas digalakkan untuk menyertai pertandingan ini.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan