Jumaat, 17 Jun 2011

SEMAKAN KETEPATAN DATA DALAM BORANG SMM 2011

Sistem Maklumat Murid ( SMM ) yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah satu sistem yang penting yang bermatlamat ke arah pengumpulan serta penyimpanan data tepat serta terkini untuk rujukan berkaitan latar belakang,keluarga,penyaluran bantuan serta lain-lain keperluan.

Bagi memastikan kesahihan data-data kerkenaan makan dipohon jasa baik semua ibubapa/penjaga untuk menyemak ketepatan data-data tersebut menerusi tindakan berikut :
1. Baca dan semak data yang tertera dalam Borang SMM anak tuan/puan.
2. Gunakan pen merah untuk mencatatkan pembetulan atau pindaan jika ada.
3. Catatkan " Tiada Pindaan Maklumat " pada penjuru kiri di bahagian hadapan borang jika semua
    maklumat adalah tepat dan betul.

Sesalinan Borang SMM anak tuan/puan akan disertakan untuk tindakan tuan/puan. Borang yang telah lengkap disemak hendaklah dipulangkan pada atau sebelum 22 Jun 2011.

Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai.
Sekian , terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan