Isnin, 20 Jun 2011

PENETAPAN KADAR SUMBANGAN TAHUNAN PIBG SK TUN SAS 2011

Ucapan ribuan terima kasih atas kehadiran dan sumbangan idea semua ibubapa/penjaga SK Tun Sas semasa Mesyuarat Agung PIBG,SK Tun Sas pada 27 Mac 2011 yang lalu.
Perlaksanaan mesyuarat agung berkenaan ternyata telah mencapai matlamat yang disasarkan khususnya berkaitan penubuhan JK PIBG serta keputusan berhubung kadar bayaran sumbangan ahli serta usul-usul ke arah penambahbaikan peroperasian sekolah ini secara keseluruhannya.

Kadar Bayaran Sumbangan PIBG yang telah ditetapkan ialah seperti berikut :

     1.  Kadar Sumbangan Tahunan        :  RM 50.00 ( Lima Puluh Ringgit Sahaja )
     2.  Ketetapan Pembayaran              :   Dibayar mengikut Keluarga ( Per Keluarga )

Pembayaran bolehlah disalurkan melalui guru kelas anak masing-masing bermula 20 Jun 2011 dan perlu diselesaikan selewat-lewatnya pada atau sebelum 30 Ogos 2011.

Sebarang pertanyaan berkaitan silalah berhubung dengan En. Wan Mohd Shukri bin Wan Ahmad                  ( Setiausaha PIBG ) di talian 06-2322984 ( Sek) atau 013-3510166 ( H/P )

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan