Selasa, 26 Mac 2013

SEKITAR PROGRAM MOTIVASI " BENIH DITABUR HASIL DITUAI "

Program Motivasi " Benih Ditabur Hasil Dituai " ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Tun Sas . Program yang  dikendalikan oleh firma motivasi Nazlela Training berlangsung selama 2 hari iaitu daripada 25 Mac 2013 hingga 26 Mac 2013.






LAYARI 

http://nazlelatraining.blogspot.com/

UNTUK PELBAGAI TEKNIK DAN TIPS BELAJAR UNTUK CEMERLANG....

Khamis, 21 Mac 2013

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA

Cuti Pertengahan Penggal Pertama akan bermula mulai 23 Mac 2013 hingga 31 Mac 2013 ( 9 hari )
Seluruh warga SK Tun Sas mengucapkan selamat bercuti.

Semasa cuti sekolah ini diharapkan agar semua murid SK Tun Sas dapat mengulangkaji pelajaran dan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Sekolah akan dibuka semula pada 1 April 2013 ( Isnin )

" SELAMAT BERCUTI "

PROGRAM MOTIVASI "BENIH DITABUR, HASIL DITUAI"





Selasa, 12 Mac 2013

TAHNIAH BUAT TEAM MEMANAH SK TUN SAS 2013

Pasukan Memanah SK Tun Sas telah menyertai Kejohanan Memanah Peringkat Negeri di SMK Tun Mutahir pada minggu lalu.

Pasukan sekolah telah diwakili oleh Haikal bin Mansor dan marina binti Mohamad Rostam dari tahun 5.
Keputusannya ialah :

Haikal bin Mansor telah memenangi
- tempat ke 4 kategori 40 meter
- tempat ke 3 kategori 25 meter
- tempat ke 3 pusingan Olimpik Individu Lelaki bawah 12 tahun .

Marina binti Mohamad Rostam telah memenangi
- tempat ke 3 kategori 40 meter
- tempat ke 3 kategori 30 meter
- tempat ke 2 kategori 25 meter
- tempat ke 3 kategori 20 meter
- tempat ke 3 Kejohanan Memanah Individu Perempuan bawah 12 tahun.
- Johan Pusingan Olimpik Individu Perempuan bawah 12 tahun .

Kedua-dua pelajar ini akan mewakili negeri Melaka ke peringkat Kebangsaan pada 24 - 29 Mac 2013 di IPGM Ilmu Khas.

TAHNIAH BUAT KEDUA-DUA MURID INI.....







PENGAGIHAN FAIL MENTOR MANTEE TAHUN 6 - 2013

Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Tun Sas telah mengadakan pengagihan Mentor Mantee pada hari ini semasa perhimpunan ringkas di Dataran Tun Tuah.

Pengagihan telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Safie Hj Jaafar,Guru Besar SK Tun Sas.




Isnin, 11 Mac 2013

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM SK TUNSAS 2013

Majlis Pelancaran Program Nilam 2013 telah diadakan di Dataran Tun Tuah,SK Tun Sas pada hari ini.
Program Nilam ini disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Guru Besar SK Tun Sas, Tn Hj. Safie Hj. Jaafar semasa perhimpunan rasmi mingguan sekolah.






Sabtu, 9 Mac 2013

SEKITAR PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR TAHUN 6 - 2013

Program Kemahiran Belajar untuk murid Tahun 6 telah diadakan pada hari ini di Pusat Sumber SK Tun Sas.
Program yang dikelolakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Tun Sas ini dikendalikan oleh Nazlela Training Sdn. Bhd.

Murid-murid didedahkan dengan pelbagai kemahiran belajar sebagai persediaan untuk menghadapi UPSR pada tahun ini.







SEKITAR KEM BESTARI SOLAT TAHUN 4,5 DAN 6 SIRI 1/2013

Kem Bestari Solat untuk murid tahun 4,5 dan 6 telah dijalankan di Surau SK Tun Sas . Program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam / J- Qaf SK Tun Sas.

Program ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tgh. Murid-murid didedahkan dengan amali solat dan dinilai dengan perlakuan yang dilakukan semasa solat .




Khamis, 7 Mac 2013

PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR MURID TAHUN 6

  

                         TENTATIF PROGRAM 

                          9.00 PAGI     -   PENDAFTARAN MURID
                          9.10 PAGI     -   PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR TAHUN 6
                        10.00 PAGI     -   MINUM PAGI
                        10.30 PAGI     -   PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR TAHUN 6 / LDK
                          1.00 PTG       -   BERSURAI


KEM BESTARI SOLAT (KBS) TAHAP 2 ( TAHUN 4,5 DAN 6 ) SIRI 1/2013


PINDAAN TARIKH PERSEKOLAHAN GANTI SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2013


Rabu, 6 Mac 2013

KOIR SK TUN SAS - JOHAN PERTANDINGAN KOIR KARNIVAL PIBG SEKOLAH-SEKOLAH PARLIMEN BUKIT KATIL 2013









PASUKAN KOIR SK TUN SAS TELAH MENJADI JOHAN PERTANDINGAN KOIR SEMPENA KARNIVAL PIBG SEKOLAH-SEKOLAH PARLIMEN BUKIT KATIL 2013 YANG DIADAKAN DI DEWAN TUN ALI BUKIT KATIL PADA 2 MAC 2013.

TAHNIAH BUAT SEMUA AHLI KOIR GURU-GURU SK TUN SAS.....

" SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG "

Isnin, 4 Mac 2013

PROGRAM WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR

Program Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar 2013 telah diadakan pada hari ini 4 Mac 2013. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Safie Hj Jaafar di Dataran Tun Tuah semasa perhimpunan rasmi sekolah.

Program ini adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang telah dipilih oleh guru-guru bagi memegang amanah menjaga dan mengawal disiplin dan tugasan yang telah diberikan.

Program ini melibatkan semua Pengawas Disiplin,Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Anti Denggi,Pengawas SPBT ,Ketua dan Penolong Ketua Darjah Tahun 1,2,3,4,5 dan 6.