Isnin, 4 Mac 2013

PROGRAM WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR

Program Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar 2013 telah diadakan pada hari ini 4 Mac 2013. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Safie Hj Jaafar di Dataran Tun Tuah semasa perhimpunan rasmi sekolah.

Program ini adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang telah dipilih oleh guru-guru bagi memegang amanah menjaga dan mengawal disiplin dan tugasan yang telah diberikan.

Program ini melibatkan semua Pengawas Disiplin,Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Anti Denggi,Pengawas SPBT ,Ketua dan Penolong Ketua Darjah Tahun 1,2,3,4,5 dan 6.






 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan