Sabtu, 29 Jun 2013

SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK ( SIWP ) DAERAH MELAKA TENGAH 2013

Seminar Integriti Warga Pendidik (SIWP)  Daerah Melaka Tengah telah dijalankan pada hari ini di Dewan Besar,SMK Ayer Keroh. SK Tun Sas telah diberi kepercayaan untuk menjadi urusetia bagi seminar kali ini.

Seminar ini telah dihadiri oleh warga pendidik beberapa buah sekolah iaitu dari SK Ayer Keroh,SK Seri Duyong,SK Pendidikan Khas, SJKC Yu Ying dan SK Tun Sas selaku tuan rumah.

Seminar dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zairul Izham dan diikuti oleh ucapan alu aluan daripada Guru Besar SK Tun Sas,Tn. Hj. Adam bin Hj. Muhamad.

Seterusnya penceramah jemputan memulakan ceramahnya yang bertajuk Integriti dalam Pendidikan.






Ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua SMK Ayer Keroh kerana sudi memberikan kebenaran kepada warga SK Tun Sas untuk menggunakan kemudahan dewan sekolah .

Jumaat, 28 Jun 2013

HARI TERBUKA SK TUN SAS 2013

Program Hari Terbuka SK Tun Sas 2013 telah diadakan pada hari ini mulai jam 9.30 pagi hingga 12.00tgh

Ibubapa/Penjaga murid hadir ke sekolah untuk mengetahui perkembangan pelajaran anak masing-masing.
Sambutan daripada ibubapa/penjaga amat menggalakkan semasa program ini dijalankan.












Rabu, 26 Jun 2013

PERTANDINGAN "ACTION SONGS" PERINGKAT NEGERI 2013

Pasukan ' Action Songs ' SK Tun Sas telah menyertai Pertandingan Action Songs peringkat negeri Melaka 2013 di Dewan SJK (C) Cheng hari ini.

Keputusannya SK Tun Sas   -   tempat ketiga ( Peringkat Negeri )
                                           -   tempat kedua ( Peringkat Daerah Melaka Tengah )

Tahniah buat pasukan 'Action Songs ' SK Tun Sas. Tahniah juga buat guru pembimbingnya iaitu Puan Linda De Costa dan Pn. Mala a/p Mahalingam.

SK TUN SAS SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG





 

Isnin, 24 Jun 2013

MAKLUMAT TERKINI --- SEKOLAH DIBUKA SEMULA

Sekolah akan dibuka semula mulai esok 25 Jun 2013 ( Selasa )
Semua warga SK Tun Sas diharapkan agar dapat hadir ke sekolah seperti biasa.

Murid-murid digalakkan memakai " mask " semasa hadir ke sekolah.

Harap maklum.

  

PENANGGUHAN MAJLIS MUTIARA BUDI JASA DIHARGAI SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU SEKOLAH-SEKOLAH KAWASAN PARLIMEN BUKIT KATIL 2013


 MAJLIS MUTIARA BUDI JASA DIHARGAI SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU SEKOLAH-SEKOLAH KAWASAN PARLIMEN BUKIT KATIL YANG SEPATUTNYA DIADAKAN PADA HARI ESOK 25 JUN 2013 (SELASA) DITANGGUHKAN .

HARAP MAKLUM.





Ahad, 23 Jun 2013

MAKLUMAN CUTI SEKOLAH BERGANTI AKIBAT JEREBU

Adalah dimaklumkan bahawa esok 24 Jun 2013(Isnin) sekolah telah diarahkan ditutup kerana IPU Melaka - 402 manakala IPU Bukit Rambai - 459.

Semua murid tidak perlu datang ke sekolah 
Pengumuman telah dibuat oleh YAB Ketua Menteri Melaka jam 4.00 petang tadi.

Harap maklum.

Info : KU Perhubungan,
          Jabatan Pelajaran Melaka.  

Jumaat, 21 Jun 2013

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ DAN KELEBIHAN BULAN SYAABAN 2013

Majlis Sambutan  Israk Mikraj dan Kelebihan Bulan Syaaban telah diadakan di Dewan Tun Fatimah, SK Tun Sas  pada hari ini.
Majlis yang dikendalikan oleh Panitia Agama Islam,SK Tun Sas dimulakan dengan bacaan Yassin yang diketuai oleh Ustaz Mohd Hazreek Zainal.
Ianya diikuti oleh ceramah dan penerangan oleh Ustaz Mohamad Sofpian Osman.

Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Adam Mohamad telah memberikan ucapan dan nasihat kepada semua warga SK Tun Sas.

Tahniah buat Panitia Agama Islam dalam menjayakan program ini.