Jumaat, 29 Jun 2012

PERSEMBAHAN TARIAN SEMPENA ' INTERFORCES GAMES BETWEEN ROYAL MALAYSIAN POLICE AND POLICE REPUBLIC OF SINGAPORE ' DI DEWAN IBUPEJABAT KONTINJEN POLIS MELAKA.

Pada 27 Jun 2012 ( Rabu ) yang lalu,pasukan Tarian SK Tun Sas telah membuat persembahan di Dewan Ibupejabat Polis Kontinjen Melaka sempena ' Interforces Games between Royal Malaysian Police and Police Republic of Singapore '

Pasukan tarian SK Tun Sas mempersembahkan tiga buah persembahan tarian iaitu Tarian Selamat Datang , Tarian Zapin / Joget dan Tarian Kreatif- Etnik Rakyat Malaysia.





Selasa, 26 Jun 2012

PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN UNTUK WAKIL SEKOLAH

Adik Amirul Aiman bin Adnan dari tahun 6 Kesidang telah mewakili negeri Melaka di Kejohanan Bolasepak MSSM di Kuala Lumpur pada Mei yang lalu.


Adik Raja Muhammad Danial bin Raja Shahrul Azlan dari 6 Kesidang telah mewakili negeri Melaka dalam Kejohanan Olahraga MSSM di Stadium Utama ,Kangar,Perlis.

TAHNIAH DAN TERUSKAN KECEMERLANGAN....

Jumaat, 22 Jun 2012

SEKITAR HARI BERSAMA PELANGGAN SK TUN SAS 2012

Program Hari Bersama Pelanggan 2012 telah diadakan pada hari ini. Program ini dijalankan dengan tujuan untuk berkongsi maklumbalas perkembangan prestasi pembelajaran anak masing-masing.

Bagi ibubapa/penjaga tahun 1 dan 2 , satu majlis Taklimat SPPBS telah diadakan di Perpustakaan SK Tun Sas. Taklimat telah diberikan oleh En. Rosshdan Mohamad, Penyelia Peperiksaan, Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Melaka.

Sesi bertemu pelanggan bagi tahun 3 hingga 6, Pra Sekolah dan Pendidikan Khas dimulakan pada jam 9.00 pagi. Ibubapa/Penjaga bertemu dengan Guru Kelas anak masing-masing untuk mengetahui perkembangan prestasi anak mereka.

Ucapan penghargaan dan terima kasih atas kesudian En. Rosshdan atas kesudian untuk hadir dan memberikan taklimat terperinci tentang SPPBS kepada ibubapa/penjaga murid.





 












Khamis, 21 Jun 2012

PENGARAH PELAJARAN MELAKA YANG BARU

Seluruh warga SK Tun Sas mengucapkan tahniah kepada Tn. Hj. Kasim bin Mohamad atas pelantikan sebagai Pengarah Pelajaran Melaka yang baru.

Ucapan tahniah juga diucapkan kepada En. Mutalib bin Osman , yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka.

                         

MAKLUMAN BAGI MENGISI SOAL SELIDIK KEPERLUAN LATIHAN GURU SECARA ATAS TALIAN ( ON-LINE )

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru telah membangunkan aplikasi modul soal selidik " Training Needs Analysis " secara atas talian. Modul ini bertujuan agar pihak pengurusan sekolah membuat perancangan keperluan kursus serta penambahbaikan kursus yang berikutnya.

Sehubungan dengan itu , semua warga SK Tun Sas dikehendaki mengakses aplikasi tersebut di laman sesawang http://apps.moe.gov.my/splg

Tarikh tutup ialah pada 28 Jun 2012 ( Khamis )

SILA KLIK DI BAWAH UNTUK TERUS MENGAKSES LAMAN SESAWANG SPLG



Ahad, 10 Jun 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH UNTUK SESI PEMBELAJARAN PENGGAL YANG KE 2

Seluruh warga SK Tun Sas mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid-murid SK Tun Sas bagi meneruskan sesi pembelajaran penggal yang ke 2.

Sesi pembelajaran penggal yang ke 2 bermula pada 11 Jun 2012 hingga 18 Ogos 2012.
Semua murid-murid dikehendaki mematuhi segala peraturan kehadiran dan disiplin sekolah yang telah ditetapkan  semasa berada di SK Tun Sas....

Harap maklum.




Isnin, 4 Jun 2012

UJI BAKAT RANCANGAN REALITI KANAK-KANAK " ADIK-ADIKU MUSIM KE 4 " TV1

Bahagian Media, JAKIM dengan kerjasama RTM sedang menerbitkan rancangan realiti TV kanak-kanak "Adik-Adikku Musim Ke-4" yang akan disiarkan di TV1. Kepada adik-adik berumur 8 hingga 11 tahun yang berminat, sila dapatkan info lanjutnya dalam siaran berkaitan.

Murid-murid yang berminat untuk menghadiri ujibakat sila hadir di :

Tarikh  : 9 Jun 2012 ( Sabtu )
Masa   : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Taman  Rempah, tebing Sungai Melaka.
Keperluan  :  1 keping gambar berukuran pasport(tidak dikembalikan) dan salinan sijil beranak.

SILA RUJUK LAMAN WEB DI BAWAH

HEBAHAN UJIBAKAT ADIK-ADIKKU MUSIM KE 4

PERMOHONAN MASUK KE SEKOLAH SENI KPM

Permohonan untuk kemasukan ke Sekolah Seni Kementerian Pelajaran Malaysia telah dibuka sekarang. Murid-murid Tahun 6 SK Tun Sas yang berminat dan mempunyai bakat dalam  bidang seni dipelawa untuk memohon secara atas talian.

Tarikh tutup : 15 Julai 2012

KLIK di bawah untuk permohonan