Jumaat, 22 Jun 2012

SEKITAR HARI BERSAMA PELANGGAN SK TUN SAS 2012

Program Hari Bersama Pelanggan 2012 telah diadakan pada hari ini. Program ini dijalankan dengan tujuan untuk berkongsi maklumbalas perkembangan prestasi pembelajaran anak masing-masing.

Bagi ibubapa/penjaga tahun 1 dan 2 , satu majlis Taklimat SPPBS telah diadakan di Perpustakaan SK Tun Sas. Taklimat telah diberikan oleh En. Rosshdan Mohamad, Penyelia Peperiksaan, Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Melaka.

Sesi bertemu pelanggan bagi tahun 3 hingga 6, Pra Sekolah dan Pendidikan Khas dimulakan pada jam 9.00 pagi. Ibubapa/Penjaga bertemu dengan Guru Kelas anak masing-masing untuk mengetahui perkembangan prestasi anak mereka.

Ucapan penghargaan dan terima kasih atas kesudian En. Rosshdan atas kesudian untuk hadir dan memberikan taklimat terperinci tentang SPPBS kepada ibubapa/penjaga murid.





 












Tiada ulasan:

Catat Ulasan