Khamis, 29 November 2018

MAKLUMAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN UPSR 2018

PERATURAN PENTADBIRAN PERMOHONAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN
PEPERIKSAAN UPSR 2018

1. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.

2. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula
    Keputusan Peperiksaan ( LP/Am 65A) . Permohonan yang tidak menggunakan borang ini atau
    tidak lengkap tidak akan diproses.

3. Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan boleh didapati di sekolah,Sektor/ Unit Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri.
   Borang juga bolah dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan
      http://lp.moe.gov.my

4. Permohonan Penyemakan hendaklah disertakan sekali dengan :
     i ) satu ( 1 ) salinan penyataan Keputusan UPSR yang disahkan oleh Guru Besar.
   ii )  Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama KETUA AKAUNTAN NEGARA
  iii )  dua (2 ) sampul surat berukuran 11cm X 22cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00
         setiap satu sampul.

5.  Kadar bayaran penyemakan semula keputusan UPSR

6. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan dalam sampul surat dan ditulis perkataan
    "PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN UPSR 2018 " pada sudut atas kiri sampul dan hantar
     kepada :

       Pengarah Peperiksaan
       Lembaga Peperiksaan,
       Kementerian Pendidikan Malaysia,
       Aras 7, Blom E11,
       Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
       62604 Putrajaya,
      ( u.p : Unit UPSR )
7. Permohonan yang diterima selepas 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi tidak akan diproses.

8. Keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam masa 2 bulan dari tarikh permohonan.

9. Keputusan Penyemakan Semula Keputusan UPSR adalah muktamad dan akan dimaklumkan
    kepada calon melalui surat rasmi.
       

SEKITAR MAJLIS PENYERAHAN PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH 2018 - 29 NOVEMBER 2018