Sabtu, 27 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua ibubapa/penjaga dan murid-murid SK Tun Sas. Semoga Aidilfitri pada tahun dapat dirayakan dengan penuh semangat keinsafan dan saling bermaaf-maafan.

Kepada murid-murid Tahun 6 .. diharapkan agar sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang akan dihadapi pada 13-15 September 2011 ini.
Semoga musim cuti perayaan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya demi untuk kecemerlangan diri dan sekolah.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ... MAAF ZAHIR BATIN...


Jumaat, 26 Ogos 2011

MAJLIS KHATAM AL -QURAN PERINGKAT SK TUN SAS 2011

Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah telah dijalankan pada 26 Ogos 2011 bertempat di Dewan Terbuka SK Tun Sas. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia,Prof. Dr. Hj. Shahrin Sahib,Yang Dipertua PIBG SK Tun Sas.
Semasa majlis ini juga diserahkan sumbangan ikhlas dari ibubapa/penjaga SK Tun Sas kepada pelajar-pelajar miskin dan anak yatim.





















SUMBANGAN PELAJAR MISKIN   - klik di sini


SUMBANGAN ANAK YATIM           - klik di sini

MAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN

Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan mula bercuti mulai 27hb Ogos 2011 hingga 4hb Sept.2011.
Sekolah akan dibuka semula pada 5hb September 2011 (Isnin).

Untuk murid-murid Tahun 6 diharapkan dapat mengulangkaji untuk menghadapi Peperiksaan UPSR pada
13 - 15 hb September 2011 nanti.

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI.

Harap maklum.














Khamis, 25 Ogos 2011

PERTANDINGAN PIDATO CERIA MERDEKA

Pertandingan Pidato Ceria Merdeka telah diadakan di Dewan Terbuka SK Tun Sas bersempena dengan sambutan Ceria Merdeka 2011. Pertandingan ini disertai oleh murid-murid tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6 )
























Rabu, 24 Ogos 2011

SEKITAR PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM CERIA MERDEKA

Pertandingan Pakaian Beragam Ceria Merdeka telah dijalankan pada hari ini 24hb Ogos 2011. Peserta terdiri daripada murid-murid dari Tahap 1 dan Tahap 2.




Peserta yang mengambil bahagian.




Pemenang bagi kategori Tahap 1.






Pemenang kategori tahap 2.










 GALERI FOTO : PAKAIAN BERAGAM CERIA MERDEKA. ( klik di sini )

Selasa, 23 Ogos 2011

SEKITAR PERTANDINGAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK PATRIOTIK.

Pertandingan Mendeklamasikan Sajak Patriotik telah dijalankan dengan sempurnakan pada 22 Ogos 2011 yang lalu  di Pentas Terbuka SKTSAS  . Pertandingan terbuka kepada murid-murid Tahap 2 ( tahun 4,5,dan 6 )Ianya dijalankan sempena Sambutan Bulan Merdeka 2011 peringkat sekolah.




























Isnin, 15 Ogos 2011

SEKITAR MAJLIS PELANCARAN CERIA MERDEKA 2011




Persembahan dari pelajar 5 Kenanga dengan lagu ' Warisan '




Semua pelajar menyanyikan lagu-lagu
patriotik yang disediakan.




Ucapan perasmian pelancaran oleh Tuan Guru Besar, SK Tun Sas,Tn.Hj. Safie Hj Jaafar.
















GALERI PELANCARAN ( klik di sini )

Jumaat, 12 Ogos 2011

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN PATRIOTIK 2011

Majlis Pelancaran Bulan Patriotik akan diadakan pada

Tarikh    : 15hb Ogos 2011
Hari      : Isnin
Tempat  : Dataran Ilmu,SK Tun Sas

Semua murid SK Tun Sas digalakkan membawa bendera Jalur Gemilang untuk memeriahkan majlis pelancaran ini. Majlis pelancaran akan disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Tun Sas.




Rabu, 10 Ogos 2011

PEMBUKAAN TENDER UNTUK MENGENDALIKAN KANTIN SEKOLAH 2012/2013

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang layak untuk menyertai Tender Untuk Mengendalikan Kantin Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin bagi sesi persekolahan 2012/ 2013.
Borang dan syarat-syarat  permohonan boleh didapati di Pejabat Sekolah pada waktu pejabat.
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Pejabat Sekolah .

Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 Ogos 2011.

Keputusan pemilihan adalah muktamad.



MAKLUMAN PERMOHONAN MEMASUKI KELAS PRA SEKOLAH SK TUN SAS 2012

Permohonan untuk memasuki kelas Pra Sekolah SK Tun Sas adalah dibuka mulai 10 Ogos 2011.
Ibubapa / Penjaga yang berminat untuk memasukkan anak mereka ke kelas ini dikehendaki untuk
mengambil Borang Permohonan Pra Sekolah di Pejabat SK Tun Sas pada waktu pejabat.
Untuk pengetahuan ibubapa/penjaga seramai 50 orang murid akan dipilh untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran tahun 2011 .  2 buah kelas Pra Sekolah akan dibuka pada tahun 2012.

Kriteria pemilihan ialah :
1. Murid yang berumur 6 tahun diberi keutamaan.
2. Murid tinggal berdekatan dengan kawasan sekolah.
3 Murid yang berumur 5 tahun juga dipelawa tetapi hendaklah tahu untuk mengurus diri sendiri.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Pejabat Sekolah .
Tarikh tutup permohonan : 31 Oktober 2011
Keputusan pemilihan adalah muktamad.



Isnin, 8 Ogos 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN INSENTIF GALAKAN 2011

Majlis Penyampaian Insentif Galakan Misi Pengantabangsaan Prestasi Murid SK Tun Sas 2011 telah diadakan pada hari ini 8 Ogos 2011 . Ianya dijalankan semasa Majlis Perhimpunan Rasmi Sekolah. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hj Abd Rahaman Hj Abd Karim ,Timbalan Pengerusi JK Pelajaran,Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Turut hadir bersama ialah  Pn. Zainah Hasan,Ketua Unit Sukan ,JPM ,En Ali Azizan Abd Aziz,wakil dari PPD Melaka Tengah, Naib Yang Dipertua PIBG,SK Tun Sas dan wakil-wakil dari MSN Melaka.

Adik Adam Agan Aziz telah terpilih untuk menerima hadiah insentif galakan ini diatas kecemerlangan beliau dalam mencipta nama dalam sukan skuash. Adik Adam akan mewakili Malaysia di  International Hong Kong Junior Squash Open 2011 pada 10 - 14 Ogos 2011 ini.






































GALERI PROGRAM  ( KLIK DISINI )