Jumaat, 31 Ogos 2012

SEKITAR PERARAKAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI MELAKA 2012

Pasukan Tarian SK Tun Sas telah mengambil bahagian dalam persembahan padang sempena dengan Perarakan Hari Kebangsaan peringkat negeri Melaka 2012 di hadapan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan ,Padang Pahlawan,Banda Hilir.

Pasukan tarian ini bergabung bersama-sama dengan beberapa buah sekolah rendah dan menengah di negeri Melaka.

GALERI HARI KEBANGSAAN








Khamis, 30 Ogos 2012

MAJLIS PELANCARAN DI AMBANG MERDEKA 2012

Majlis Pelancaran Di Ambang Merdeka peringkat sekolah tahun 2012 telah diadakan pada hari ini di Dataran Tun Tuah. Majlis telah disempurnakan oleh En. Kamaruddin Abdul Majid,GPK 1- Pentadbiran SK Tun Sas.

Turut hadir ialah Pn. Norizan Zainudin ,GPK Ko-Kurikulum SK Tun Sas.

Murid-murid juga telah menyanyikan beberapa buah lagu patriotik demi untuk menyemarakkan majlis pelancaran ini.








PENYAMPAIAN HADIAH HARIJADI MURID

Majlis Penyampaian Hadiah Harijadi Murid telah diadakan pada 29 Ogos 2012 . Majlis telah disempurnakan  oleh En. Mohd Nasir Salim GPK Hal Ehwal Murid SK Tun Sas dalam majlis ringkas di Dataran Tun Tuah.







 
SELAMAT HARI JADI KEPADA SEMUA MURID YANG TERLIBAT...

Rabu, 15 Ogos 2012

MAKLUMAN BERHUBUNG PENGAMBILAN CUTI BERGANTI SEMPENA AIDILFITRI 2012


SESI BERMAAF-MAAFAN WARGA SK TUN SAS SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2012

Majlis bermaaf-maafan antara murid-murid SK Tun Sas dan warga pendidik SK Tun Sas telah diadakan di Dewan Terbuka Tun Fatimah pada hari ini.
Majlis ini juga disertai oleh Yang Dipertua PIBG SK Tun Sas,Prof.Dr. Hj. Shahrin Sahib.

Semua murid SK Tun Sas beratur dan bersalam-salaman dengan semua guru-guru SK Tun Sas.






 

MAJLIS ANUGERAH MEDAL PENGANTARABANGSAAN SKUASH 2012

Adik Adam Agan Aziz ,murid Tahun 6 dari SK Tun Sas telah mewakili Malaysia dalam sukan skuash di Kejohanan Skuash Remaja Jepun ke 26 di Yokohama pada 3 - 5 Ogos 2012 yang lalu.

Adik Adam telah menjuarai kategori Lelaki Bawah 13 tahun semasa kejohanan ini. Ucapan tahniah kepada adik Adam Agan.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ibubapa dan jurulatih-jurulatih adik Adam Agan yang memberikan semangat yang kental sehingga menjadikannya juara dalam kategori ini.





MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN ANAK YATIM DAN PELAJAR MISKIN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2012

Majlis Penyampaian Bantuan Anak Yatim dan pelajar Miskin sempena Hari Raya Aidilfitri 2012 telah diadakan di Dewan Terbuka Tun Fatimah,SK Tun Sas hari ini.Acara tahunan ini dikendalikan oleh JK Kebajikan Murid SK Tun Sas di bawah Unit Hal Ehwal Murid adalah bertujuan untuk meringankan beban anak yatim dan pelajar miskin yang akan merayakan Hari Raya Ailditri tidak lama lagi.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia , Prof Dr. Hj Shahrin Sahib,Yang Dipertua PIBG SK Tun Sas.

Ucapan penghargaan dan terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia,Prof. Dr. Hj. Shahrin Sahib hadir bersama meraikan majlis ini.






Selasa, 14 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Seluruh warga SK Tun Sas ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua ibubapa dan murid-murid SK Tun Sas.

 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI .. MAAF ZAHIR BATIN
Kad ucapan penganti diri,
Semoga berbahagia di aidilfitri,
Kepulangan perantau dipagi raya,
menyambut syawal bersama keluarga.
Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.


Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.
Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang terinyanya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.

Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdetum detam,
Riang gembira dihari raya.
Adik tersayang segak bergaya,
Mengait kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.

Isnin, 13 Ogos 2012

SEKITAR PROGRAM KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH 2012/1433H

Program Khatam Al-Quran peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini di Dewan Terbuka Tun Fatimah.
Majlis  dimulai dengan Bacaan Al-Quran oleh adik Siti Nurhanis Mansor dan diikuti dengan Majlis Khatam Al-Quran.

Seterusnya Bacaan Takhkim dan Bacaan Doa Khatam Al-Quran. Seterusnya majlis diikuti dengan ucapan dari Tuan Guru Besar,Tn.Hj. Safie Hj. Jaafar.

Majlis diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderahati kepada murid yang terlibat dengan Majlis Khatam Al-Quran.








   

Isnin, 6 Ogos 2012

PENGAGIHAN JADUAL WAKTU UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2012

Sesi pengagihan Jadual Waktu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2012 telah dijalankan oleh Setiausaha Peperiksaan Luaran,Pn. Norli Abd Manap di Perpustakaan SK Tun Sas pada hari ini.

Semasa sesi pengagihan ini juga , penerangan ringkas tentang perjalanan peperiksaan UPSR juga diberikan kepada semua murid tahun 6 .






Murid-murid tahun 6 juga dikehendaki menandatangani Borang Akuan Penerimaan Jadual Waktu UPSR yang diagihkan.