Rabu, 25 Mei 2016

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE 6 2016

Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke 6 2016 SK Tun SAS telah diadakan pada hari ini 25 Mei 2016.
Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berbahagia, En. Mohd Shahrom bin Mohd Sharif mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah.

Turut hadir ialah Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar,SK Tun SAS, Tn. Hj. Mohd Arif bin Yusa,Pengerusi PIBG SK Tun SAS , barisan Guru Penolong Kanan SK Tun SAS, AJK PIBG SK Tun SAS dan semua guru SK Tun SAS serta para ibubapa .










Selasa, 24 Mei 2016

PROGRAM GEGAU KAMPUS BANDAR UTEM 2016

Sempena dengan Program Gegau Kampus Bandar Utem 2016 mulai 24 - 26 Mei 2016 , SK Tun SAS telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan yang dianjurkan khusus untuk pelajar sekolah rendah sekitar Kampus Bandar Utem.

Pasukan SK Tun SAS telah meghantar seramai 20 orang murid menyertai pertandingan ini.

KEPUTUSANNYA

1.  PERTANDINGAN " PUZZLE CHALLENGE "
    
     Tempat Pertama  dan Kedua

2. PERTANDINGAN " FIND WORDS "

    Tempat Pertama, Kedua dan Keempat

TAHNIAH BUAT SK TUN SAS...






Rabu, 18 Mei 2016

SEKITAR PROGRAM SUKANTARA SK TUN SAS 2016 - 18 .5.2016








LAWATAN SAMBIL BELAJAR - KELOMPOK 1 PROGRAM PEMULIHAN KHAS MELAKA.

Kelompok 1 - Program Pemulihan Khas  Melaka telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Taman Rama-Rama,Melaka pada hari ini 18 Mei 2016 ( Rabu ) . Seramai 4 orang murid SK Tun SAS dari Program Pemulihan Khas terlibat dengan program ini.
Sebanyak 15 buah sekolah terlibat dengan program ini.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah  :
1. Mencari harta karun
2.. Penerangan mengenai serangga dan reptilia
3. Melepaskan rama-rama.
4. Memberi makan ikan

Kesemua murid yang terlibat dengan program ini diberikan Sijil Penyertaan.