Selasa, 24 Julai 2012

Jumaat, 20 Julai 2012

PENGHARGAAN BUAT GURU PELATIH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,MELAKA

2 orang guru pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka telah menjalani Latihan Internship selama 4 minggu  di SK Tun Sas.
Guru pelatih ini mengikuti Kursus Pemulihan dibawah bimbingan Pn. Nizawati Md Zin.

Satu majlis ringkas telah diadakan selepas Program Bacaan Yassin pada pagi ini. Tuan Guru Besar,Tn.Hj. Safie Hj Jaafar telah memberikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada kedua-dua guru pelatih ini.

Tahniah kepada kedua-dua guru pelatih ini yang telah berjaya menamatkan sesi latihan ini.
Semoga akan terus berkhidmat dan berbakti sebagai guru yang aktif dan cemerlang.

"  SELAMAT MAJU JAYA DARI WARGA SK TUN SAS "






Cikgu Nurazura menerima sijil penghargaan dan cenderahati
daripada Tn. Guru Besar SK Tun Sas.







Sijil Penghargaan dan cenderahati diberikan kepada Cikgu Nurul Syaheera daripada Tn. Guru Besar.

Selasa, 17 Julai 2012

PROGRAM CELIK NAZAM SK TUN SAS 2012

Program Celik Nazam SK Tun Sas telah diadakan pada 17 Julai 2012 bertempat di PSS SK Tun Sas. Program yang melibatkan semua murid tahun 5 ini dikendalikan oleh pensyarah jemputan dari IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, En. Ramly bin Abu.

Murid-murid didedahkan tentang keunikan puisi tradisional nazam kepada murid-murid. Di samping itu juga ianya diharapkan agar dapat melahirkan murid yang memartabatkan nilai puisi tradisional.

Program Celik Nazam ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu dan PSS SK Tun Sas dengan kerjasama Guru Pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu,Melak.





 

SEKITAR PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR NEGERI MELAKA 2012

Peperiksaan Percubaan UPSR Negeri Melaka 2012 dijalankan pada 17 Julai 2012 hingga 19 Julai 2012.
Kesemua murid tahun 6 seramai 130 orang telah mengambil peperiksaan ini.

Peperiksaan ini dijalankan mengikut kedudukan sama seperti Peperiksaan UPSR yang sebenar.







MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA 2012

Majlis Pelancaran Program Bulan Bahasa telah diadakan di Dataran Tun Tuah pada 16 Julai 2012 semasa perhimpunan rasmi mingguan . Majlis telah disempurnakan oleh GPK Pentadbiran, En. Kamaruddin Abdul Majid dalam majlis ringkas tersebut.

Program anjuran Panitia Bahasa Melayu dan Pusar Sumber Sekolah ini diadakan agar semua warga SK Tun Sas dapat memartabatkan dan menambahkan kemahiran bahasa dan sastera. Di samping itu juga ianya dapat mencungkil bakat dan membina keyakinan  pelajar melalui pertandingan yang diadakan sepanjang Bulan Bahasa ini.







Ucapan Pengacara Majlis Cik Nurul Syaheera. 
                                      Persembahan Tarian Sempena Majlis Pelancaran

                                          Ucapan Pelancaran dari GPK 1-Pentadbiran

                                                       Gimik Pelancaran Bulan Bahasa 2012

Sabtu, 14 Julai 2012

PERSEMBAHAN TARIAN SEMPENA MALAM MESRA CAWANGAN KHAS ,IPK MELAKA.

Sempena dengan Malam Mesra Cawangan Khas, Ibupejabat Polis Kontinjen Melaka, pasukan tarian SK Tun Sas telah membuat persembahan tarian pada 12 Julai 2012 yang lalu.

Pasukan Tarian SK Tun Sas telah mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan ini.






Khamis, 12 Julai 2012

PROGRAM MOTIVASI ADIKKU SAYANG

Program Motivasi Adikku Sayang akan diadakan pada :

Tarikh      :  14 Julai 2012
Hari         :   Sabtu
Masa       :   7.45 pagi  hingga 12.30 tgh
Tempat    :   SK Tun Sas
Penglibatan : Semua Murid tahun 4 dan 5
Anjuran  : Unit Bimbingan dan Kaunseling, SK Tun Sas
                dengan kerjasama Guru Pelatih IPG Kampus
                Perempuan Melayu Melaka.

Aturcara :

7.45 pagi    :  Pendaftaran murid dan guru
8.00 pagi    :  Motivasi Sahsiah Diri
                     En. Ahmad Suhaizan bin Pandak ,
                     Unit Psikologi dan Kaunseling,
                     IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.
10.00 pagi  :  Minum pagi
10.30 pagi  : Latihan Dalam Kumpulan ( LDK 1 )
11.30 pagi  : Latihan Dalam Kumpulan ( LDK 2 )
12.15 tgh    : Penutup dan penyampaian cenderahati
12.30 tgh    : Bersurai

SEMUA MURID TAHUN 4 DAN 5 DIGALAKKAN UNTUK MENGHADIRI PROGRAM MOTIVASI INI .

 

Rabu, 11 Julai 2012

HADIAH KECEMERLANGAN BAGI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012

TAHUN 6

6 KENANGA

1. Siti Nurhanis binti Mansor                            -  5A
2. Nurul Atiqah binti Wan Noor Azami             -  5A
3. Sara Izzati binti Mohammad Eisa                  -  4A 1B
4. Muhammad bin Abdul Ghafar                       -  4A 1B
5. Mahfuzah binti Hussin                                   -  4A 1B
6. Muhammad Haikal Hazim bin Mohd Lazim   -  4A 1B
7. Noorzalisya binti Mohammad Ghazali            -  4A 1B
8. Anas bin Mazlan                                           -  4A 1B

6 KESIDANG

1. Muhammad Fariz bin Mohd Zainul                -  3A 2B
2. Usama bin Mohd Fuad                                 -  3A 2B

6 KEKWA

1. Nur Mirza Aqilah binti Rusdi                         -  2A 3B
2. Ahmad Syakir Fahmi bin Mohd Damin          -  2A 3B
3. Muhammad Aiman bin Reduan                      -  2A 3B
4. Laila Rashiqah binti Md Rapit                        -  2A 3B

6 KESTURI

1. Muhammad Ihsan bin Azami                          -  1A 3B 1C

TAHUN 5

5 KENANGA

1. NUR SHIFA FIRMAN                                     -  4A 1B
2. MUHAMMAD NAFIZ HASSAN                    -  4A 1B
3. WAN LOKMAN HAKIM WAN ISMAIL        -  4A 1B
4. NUR ARISHA NADIRA NORISHAM             - 4A 1B
5. NUR SHAFIYYAH SOHAIMI                          - 3A 2B
6. MUHAMMAD ADAM SUTAR                         - 3A 2B
7. MUHAMMAD RAFIQI SAFWAN SALIM       - 3A 2B
8. SYAHIDATUL SYAKIRAH SALIM                   - 3A 2B
9. NUR LAILI NADIAH MOHAMED SHAIEDI   - 3A 2B
10. NADIA EDDY                                                  - 3A 2B
11. NADHIRAH ABDUL MUNIR                          - 3A 2B
12. FATHIN NABIHA MOHAMAD                       - 3A 2B
13. NUR AFIQAH HAMZAH                                 - 3A 2B

5 KESIDANG

1. HAIKAL MANSOR                                           -  4A 1B
2. ANIS SYAZANA SOFEA SHAHARUDDIN     - 3A 2B
3. NURUL AFIQAH MAZLAN                              - 3A 2B

TAHNIAH KEPADA MURID YANG BERJAYA MENCAPAI TAHAP KECEMERLANGAN YANG TELAH DITETAPKAN.

Selasa, 10 Julai 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 6 NEGERI MELAKA 2012



PROGRAM MERENTAS DESA SK TUN SAS 2012

Program Merentas Desa SK Tun Sas telah diadakan pada hari ini dengan jayanya. Semua murid tahun 4,5 dan 6 telah berkumpul di padang SK Tun Sas pada jam 4.00 petang dan dimulakan dengan senaman regangan anggota badan yang dikendalikan oleh En. Mohd Murtaza Mohd Shuid.

Larian merentas desa telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Safie Hj. Jaafar tepat jam 4.15 petang. Larian dimulakan oleh murid tahun 4 dan diikuti oleh tahun 5 dan 6.

Upacara penyampaian hadiah diadakan di Dataran Tun Tuah selepas tamat larian. Hadiah telah disampaikan oleh GPK Ko-Kurikulum,Pn. Norizan Zainudin diikuti oleh GPK Hal Ehwal Murid,En. Mohd Nasir Salim dan GPK 1 , En. Kamaruddin Abdul Majid.

Hadiah Johan Keseluruhan disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Safie Hj. Jaafar.
Rumah Temenggung telah diumumkan sebagai Johan Keseluruhan bagi Program Merentas Desa ini.
Tahniah buat pasukan yang telah berjaya.








   

PROGRAM SENAMROBIK SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH 2012

Program Senamrobik Serentak 1 Murid 1Sukan 1 Malaysia peringkat Daerah Melaka Tengah telah diadakan di padang SK Tun Syed Ahmad Shahabudin hari ini. Program dihadiri oleh semua warga SK Tun Sas, pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah, wakil PIBG SK Tun Sas dan ibubapa .

Majlis pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat, Datuk Hj. Idris Hj. Harun, Ahli Parlimen Tangga Batu.

Program senamrobik serentak ini adalah bertujuan untuk menggalakkan semua murid agar melibatkan diri dalam sukan dan aktiviti kecergasan di samping untuk menggilap bakat murid yang berpotensi dala  aktiviti sukan.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat, Datuk hadir untuk bersama-sama bersenamrobik dan merasmikan program ini.





Sebahagian dari pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah. 









Semangat warga SK Tun Sas melakukan senamrobik.






Ucapan dari wakil PPD Melaka Tengah,
En. Shahrom bin Mohd Shariff.
Ketua Unit PPK,PPD Melaka Tengah.
 




Ucapan pelancaran dari Yang Berhormat ,
Datuk Hj. Idris bin Hj. Harun,
Ahli Parlimen Tangga Batu.