Jumaat, 20 Julai 2012

PENGHARGAAN BUAT GURU PELATIH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,MELAKA

2 orang guru pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka telah menjalani Latihan Internship selama 4 minggu  di SK Tun Sas.
Guru pelatih ini mengikuti Kursus Pemulihan dibawah bimbingan Pn. Nizawati Md Zin.

Satu majlis ringkas telah diadakan selepas Program Bacaan Yassin pada pagi ini. Tuan Guru Besar,Tn.Hj. Safie Hj Jaafar telah memberikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada kedua-dua guru pelatih ini.

Tahniah kepada kedua-dua guru pelatih ini yang telah berjaya menamatkan sesi latihan ini.
Semoga akan terus berkhidmat dan berbakti sebagai guru yang aktif dan cemerlang.

"  SELAMAT MAJU JAYA DARI WARGA SK TUN SAS "






Cikgu Nurazura menerima sijil penghargaan dan cenderahati
daripada Tn. Guru Besar SK Tun Sas.







Sijil Penghargaan dan cenderahati diberikan kepada Cikgu Nurul Syaheera daripada Tn. Guru Besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan