Selasa, 3 Julai 2012

PROGRAM LATIHAN KAWAD KEBAKARAN 2012

Program Latihan Kawad Kebakaran telah diadakan pada hari ini di SK Tun Sas. Latihan kawad kebakaran ini diadakan untuk menanamkan sifat mementingkan keselamatan diri sekiranya berlaku bebakaran di kawasan sekolah.

Disamping itu ianya adalah untuk menyedarkan semua pihak agar tidak panik sekiranya berlaku kebakaran sebenar.

Latihan ini diadakan dengan kerjasama pihak Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Ayer Keroh. Pasukan Bomba juga telah membuat satu demontrasi memadamkan api semasa latihan ini.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan