Selasa, 10 Julai 2012

PROGRAM MERENTAS DESA SK TUN SAS 2012

Program Merentas Desa SK Tun Sas telah diadakan pada hari ini dengan jayanya. Semua murid tahun 4,5 dan 6 telah berkumpul di padang SK Tun Sas pada jam 4.00 petang dan dimulakan dengan senaman regangan anggota badan yang dikendalikan oleh En. Mohd Murtaza Mohd Shuid.

Larian merentas desa telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Safie Hj. Jaafar tepat jam 4.15 petang. Larian dimulakan oleh murid tahun 4 dan diikuti oleh tahun 5 dan 6.

Upacara penyampaian hadiah diadakan di Dataran Tun Tuah selepas tamat larian. Hadiah telah disampaikan oleh GPK Ko-Kurikulum,Pn. Norizan Zainudin diikuti oleh GPK Hal Ehwal Murid,En. Mohd Nasir Salim dan GPK 1 , En. Kamaruddin Abdul Majid.

Hadiah Johan Keseluruhan disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Safie Hj. Jaafar.
Rumah Temenggung telah diumumkan sebagai Johan Keseluruhan bagi Program Merentas Desa ini.
Tahniah buat pasukan yang telah berjaya.








   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan