Selasa, 10 Julai 2012

PROGRAM SENAMROBIK SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH 2012

Program Senamrobik Serentak 1 Murid 1Sukan 1 Malaysia peringkat Daerah Melaka Tengah telah diadakan di padang SK Tun Syed Ahmad Shahabudin hari ini. Program dihadiri oleh semua warga SK Tun Sas, pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah, wakil PIBG SK Tun Sas dan ibubapa .

Majlis pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat, Datuk Hj. Idris Hj. Harun, Ahli Parlimen Tangga Batu.

Program senamrobik serentak ini adalah bertujuan untuk menggalakkan semua murid agar melibatkan diri dalam sukan dan aktiviti kecergasan di samping untuk menggilap bakat murid yang berpotensi dala  aktiviti sukan.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat, Datuk hadir untuk bersama-sama bersenamrobik dan merasmikan program ini.





Sebahagian dari pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah. 









Semangat warga SK Tun Sas melakukan senamrobik.






Ucapan dari wakil PPD Melaka Tengah,
En. Shahrom bin Mohd Shariff.
Ketua Unit PPK,PPD Melaka Tengah.
 




Ucapan pelancaran dari Yang Berhormat ,
Datuk Hj. Idris bin Hj. Harun,
Ahli Parlimen Tangga Batu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan