Jumaat, 30 September 2011

ACARA PRA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2011

Acara Pra Kejohanan Sukan Tahunan 2011 akan diadakan pada :

Tarikh    : 4  & 5 Oktober 2011
Hari       : Selasa / Rabu
Masa     : 8.00 - 10.00 pagi
Acara yang dipertandingkan :
  4 Oktober 2011 ( Selasa ) 
1. Larian 60 meter L/P ( bawah 10/11/12 ) - separuh akhir
2. Lompat Jauh  L/P ( bawah 10/11 )  - akhir
3. Lontar Peluru L/P ( bawah 11/12 )  - akhir
4. Lompat Tinggi L/P ( bawah 10/12 )  - akhir

   5 Oktober 2011 ( Rabu )
1. Larian 200 meter L/P ( bawah 10/11/12 )  - separuh akhir
2. Lompat Jauh L/P ( bawah 12 thn )  - akhir
3  Lontar Peluru L/P ( bawah 10 )  -  akhir
4. Lompat Jauh L/P ( bawah 11 )  - akhir
5. 4  X 200 meter  L/P ( bawah 10/11/12 )  - akhir

Semua murid yang telah dipilih untuk mewakili rumah sukan masing-masing dikehendaki bersedia .
Harap maklum.

Rabu, 28 September 2011

SEKITAR PROGRAM SUKAN TARA 2011

Program Sukan Tara 2011 telah dijalankan selama 2 hari iaitu pada 28 September 2011 dan 29 September 2011.
Murid-murid Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6 ) diwajibkan untuk mengambil bahagian dalam acara sukan iaitu
lompat jauh,lontar peluru dan acara 100 meter dan 200 meter.
Murid dibahagikan kepada 4 buiah rumah sukan iaitu Rumah Kuning ( Temenggung ) ,Rumah Merah ( Syah bandar ) ,Rumah Biru ( Laksamana ) dan Rumah Hijau ( Bendahara )

Bagi murid Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3 ) dilibatkan dengan acara Sukaneka .



 Acara Sukaneka Tahap 1.






Lompat Jauh Tahap 2






Lomtar Peluru - Tahap 2











Larian 100 meter - Tahap 2







KLIK DISINI :
GALERI SUKANTARA

Selasa, 27 September 2011

SEKITAR KEJOHANAN MERENTAS DESA SK TUN SAS 2011

Kejohanan Merentas Desa SK Tun Sas telah diadakan pada 27 September 2011 bermula pada jam 4.00 petang. Larian bermula dari kawasan trek balapan SK Tun Sas dan terus keluar menerusi Laluan Pintu Utama menyusuri kawasan sekitar Taman Tasek Utama.

Larian merentas desa ini dijalankan berkonsepkan sukan untuk semua seperti yang diwajibkan oleh KPM.
Unit Ko-Kurikulum ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program merentas desa ini.

Murid -murid yang terlibat dalam larian ini ialah dari Tahap 2 iaitu Tahun 4,5 dan 6 . Ianya diwajibkan untuk semua pelajar Tahap 2.

    "   MURID AKTIF SEKOLAH TERBILANG "


















Isnin, 26 September 2011

PENYAMPAIAN HADIAH CERIA MERDEKA 2011

Majlis penyampaian hadiah sempena sambutan Ceria Merdeka telah diadakan di Dataran Ilmu SK Tun Sas.
Hadiah-hadiah telah  disampaikan oleh GPK Hal Ehwal Murid ,En. Mohd Nasir Salim dan GPK 1 ,En. Kamaruddin Abdul Majid  semasa perhimpunan rasmi sekolah.

Antara pertandingan yang diadakan sempena Ceria Merdeka 2011 ialah :
1. Pertandingan Sajak Tahap 2
2. Pertandingan Mewarna Tahap 1
3. Pertandingan Pakaian Beragam Tahap 1/2
4. Pertandingan Nyanyian Solo Patriotik Tahap 1/2
5. Pertandingan Koir antara Kelab/Persatuan/Unit Beruniform






Sabtu, 24 September 2011

JAMUAN HARI RAYA KELAB GURU DAN KAKITANGAN SK TUN SAS 2011

Jamuan Hari Raya Kelab Guru dan Kakitangan SK Tun Sas telah diadakan di Ruang Legar SK Tun Sas pada 24 September 2011 ( Sabtu ) . Ianya dihadiri oleh semua guru dan kakitangan SK Tun Sas yang berkesempatan untuk hadir.

















KLIK DISINI : GALERI JAMUAN RAYA 2011

PROGRAM UJIAN TARA 2011

Program Ujian Tara SK Tun Sas 2011 akan dijalankan pada :

Tarikh  : 28 dan 29 September 2011 ( Rabu/Khamis)
Masa   : 8.00 pagi
Penglibatan : Semua murid tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6 )
Acara yang diuji :
1. 100 meter
2. Lompat Tinggi
3. Lompat Jauh
4. Lontar Peluru

Semua murid tahun 4, 5 dan 6 dikehendaki memakai baju sukan semasa program dijalankan.
Harap maklum.

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2011

Kejohanan Merentas Desa SK Tun Sas 2011 akan diadakan pada :

Tarikh  : 27 September 2011 ( Selasa )
Masa   : 2.00 petang
Tempat : Dataran SK Tun Sas
Penglibatan : Semua murid tahun 4 ,5 dan 6

Jarak larian ialah 3 kilometer di sekitar kawasan perumahan Taman Tasek Utama.
Murid yang terlibat diwajibkan hadir.
Harap maklum.

Khamis, 15 September 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

Seluruh warga SK Tun Sas ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia kepada semua ibubapa/penjaga dan murid SK Tun Sas.

' TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA '



Rabu, 14 September 2011

SUMBANGAN BUKU CERITA/ILMIAH TERPAKAI UNTUK PERPUSTAKAAN SK TUN SAS

Perpustakaan SK Tun Sas sedang dalam proses untuk mengemaskinikan koleksi bahan bacaan yang ada di dalam perpustakaan. Oleh yang demikian pihak pengurusan Perpustakaan SK Tun Sas ingin memohon sumbangan buku-buku cerita dan bahan ilmiah tepakai yang sesuai dengan tahap murid sekolah rendah.

Ibubapa/Penjaga yang berminat untuk membuat sumbangan bolehlah berhubung dengan En. Wan Mohd Shukri (Guru Media SK Tun Sas ) melalui no telefon 013-3510166. Dengan adanya sumbangan diharapkan agar  perpustakaan SK Tun Sas  menjadi satu tempat rujukan dan pembacaan untuk murid-murid dari tahun 1 hingga 6 .

Sumbangan daripada ibubapa/penjaga adalah amat diharapkan.

' MEMBACA DAPAT MEREALISASIKAN IMPIAN UNTUK MENJANA INSAN YANG TERBILANG '

TEMPAHAN T- SHIRT RUMAH SUKAN SK TUN SAS 2011

Untuk pengetahuan ibubapa/penjaga murid, SK Tun Sas akan mengadakan Temasya Sukan Tahunan kali Pertama pada hujung bulan Oktober ini. Oleh yang demikian murid-murid dikehendaki membuat tempahan t-shirt baju sukan melalui Guru Kelas masing-masing.Senarai harga baju sukan adalah seperti berikut :

HARGA  T-SHIRT RUMAH SUKAN

SAIZ BAJU
HARGA



LENGAN PENDEK
24
RM14.00
26
RM14.00
28
RM14.00
30
RM14.00
32
RM16.00
34
RM16.00
36
RM16.00
38
RM16.00




LENGAN PANJANG
24
RM15.00
26
RM15.00
28
RM15.00
30
RM15.00
32
RM17.00
34
RM17.00
36
RM17.00
38
RM17.00
XL
RM17.00

CONTOH BAJU SUKAN SEKOLAH YANG TELAH DITETAPKAN OLEH JAWATANKUASA PEMILIHAN TEMPAHAN BAJU SUKAN SK TUN SAS .

Isnin, 12 September 2011

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN UPSR 2011

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN UPSR UNTUK SEMUA PELAJAR TAHUN 6 ...
HARAPAN AGAR DAPAT MENJAWAB DENGAN TEKUN DAN TENANG...

' SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG '

SK TUN SAS   ' MENJANA INSAN TERBILANG '


SEKITAR PERTANDINGAN KOIR ANTARA KELAB DAN PERSATUAN 2011

Sempena dengan Sambutan Bulan Merdeka yang ke 54 , JK Ceria Merdeka SK Tun Sas menganjurkan Pertandingan Koir antara Kelab dan Persatuan pada 12 September 2011 bertempat di Pentas Terbuka SK Tun Sas.
Pertandingan disertai oleh semua Kelab dan Persatuan di bawah Unit Ko-Kurikulum SK Tun Sas.
















KLIK DI SINI :
GALERI PERTANDINGAN KOIR

PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2012

Permohonan untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh telah dibuka dan semua pelajar tahun 6 2012 yang berminat dikehendaki memohon dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di
 http://www.moe.gov.my

Untuk maklumat lanjut sila KLIK  : PERMOHONAN KE SPB 2012

                                                     PANDUAN AM PERMOHONAN KE SBP 2012

                                                     ALAMAT SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2012

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 15 OKTOBER 2011.


Rabu, 7 September 2011

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO LAGU PATRIOTIK 2011

JK Sambutan Ceria Merdeka SK Tun Sas menganjurkan Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Patriotik pada hari ini sempena dengan Bulan Kemerdekaan.
Pertandingan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2
Semua peserta dikehendaki memilih sebuah lagu patriotik yang telah disenaraikan dan membuat persembahan mereka.Antara lagu yang disenaraikan ialah :
1. Jalur Gemilang
2. Keranamu Malaysia
3. Tanggal 31
4. Perajurit Negara
5. Perwiraku
6. Bahtera Merdeka
7. Warisan.




























KLIK DI SINI :
GALERI NYANYIAN SOLO

Selasa, 6 September 2011

MAKLUMAN CUTI BERGILIR SEMPENA PEPERIKSAAN UPSR 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pelajaran Melaka telah meluluskan cuti bergilir sempena Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) 2011.

Oleh yang demikian murid-murid tahun 1,2,3,4,5 dan Pra Sekolah akan dicutikan secara bergilir bagi memberi
laluan kepada murid tahun 6 yang akan mengambil Peperiksaan UPSR pada 13,14 dan 15 September 2011 ini. Surat pemberitahuan akan diedarkan dalam masa terdekat.

Sila rujuk jadual dibawah . Harap maklum.

BIL
TARIKH / HARI CUTI
KELAS TERLIBAT

1.
13 SEPTEMBER 2011 (SELASA )
TAHUN 1,2,3 DAN PRA SEKOLAH

2.
14 SEPTEMBER 2011 ( RABU )
TAHUN 4 DAN 5 SAHAJA

3.
15 SEPTEMBER 2011 ( KHAMIS )
TAHUN 1,2,DAN 3

PROGRAM BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT UPSR PERINGKAT SEKOLAH 2011/1432H

Sukacita dimaklumkan bahawa,SK Tun Syed Ahmad Shahabudin di bawah anjuran Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan Majlis Bacaan yassin dan Solat Hajat UPSR peringkat sekolah pada 8 September 2011 bersamaa 10 Syawal 1432H.
Sila rujuk surat pemberitahuan dibawah.


Sabtu, 3 September 2011

JADUAL PEPERIKSAAN UPSR 2011

Kepada murid-murid Tahun 6, Jadual Peperiksaan UPSR 2011 boleh didapati melalui Setiausaha Peperiksaan/Guru Kelas masing-masing mulai minggu depan.

Jadual Peperiksaan juga boleh didownload di laman web di bawah.

JADUAL PEPERIKSAAN UPSR 2011   -  klik di sini