Selasa, 6 September 2011

MAKLUMAN CUTI BERGILIR SEMPENA PEPERIKSAAN UPSR 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pelajaran Melaka telah meluluskan cuti bergilir sempena Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) 2011.

Oleh yang demikian murid-murid tahun 1,2,3,4,5 dan Pra Sekolah akan dicutikan secara bergilir bagi memberi
laluan kepada murid tahun 6 yang akan mengambil Peperiksaan UPSR pada 13,14 dan 15 September 2011 ini. Surat pemberitahuan akan diedarkan dalam masa terdekat.

Sila rujuk jadual dibawah . Harap maklum.

BIL
TARIKH / HARI CUTI
KELAS TERLIBAT

1.
13 SEPTEMBER 2011 (SELASA )
TAHUN 1,2,3 DAN PRA SEKOLAH

2.
14 SEPTEMBER 2011 ( RABU )
TAHUN 4 DAN 5 SAHAJA

3.
15 SEPTEMBER 2011 ( KHAMIS )
TAHUN 1,2,DAN 3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan