Selasa, 27 September 2011

SEKITAR KEJOHANAN MERENTAS DESA SK TUN SAS 2011

Kejohanan Merentas Desa SK Tun Sas telah diadakan pada 27 September 2011 bermula pada jam 4.00 petang. Larian bermula dari kawasan trek balapan SK Tun Sas dan terus keluar menerusi Laluan Pintu Utama menyusuri kawasan sekitar Taman Tasek Utama.

Larian merentas desa ini dijalankan berkonsepkan sukan untuk semua seperti yang diwajibkan oleh KPM.
Unit Ko-Kurikulum ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program merentas desa ini.

Murid -murid yang terlibat dalam larian ini ialah dari Tahap 2 iaitu Tahun 4,5 dan 6 . Ianya diwajibkan untuk semua pelajar Tahap 2.

    "   MURID AKTIF SEKOLAH TERBILANG "


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan