Sabtu, 20 Ogos 2016

PARLIMEN MINI KANAK-KANAK DI TV 2 SETIAP SABTU

Warga SK Tun SAS berbangga dengan penglibatan Adik Adam Mirza dari Kelas 3 Kesidang yang menyertai Program Parlimen Kanak-Kanak 2016 .
Program ini akan bersiaran setiap Sabtu di TV 2 jam 10.00pagi

Saksikan aksi Adik Adam Mirza sebagai Ahli Paelimen Kuala Nerus di TV2 Sabtu  - 20 Ogos 2016

TAHNIAH BUAT ADIK ADAM MIRZA...







Selasa, 16 Ogos 2016

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PPKI SK TUN SAS KE IPGM-KAMPUS PEREMPUAN MELAYU - JABATAN PENDIDIKAN KHAS

PPKI SK Tun SAS telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Jabatan Pendidikan Khas , IPGM Kampus Perempuan Melayu. Lawatan ini adalah sebahagian daripada perancangan PPKI SK Tun SAS.

Seramai 16 orang murid PPKI bersama 5 orang guru akademik PPKI dan 2 orang guru pelatih serta 2 Pembantu Pengurusan Murid PPKI SK Tun SAS mengikuti lawatan sambil belajar ini.

Antara tempat yang dilawati ialah Unit Terapi Sensori ,Bilik Snoozelan dan Bilik Simulasi PdP
Kesemua peserta lawatan diiringi dan diberi penerangan oleh Pensyarah Jabatan Pendidikan Khas IPGM.


Sabtu, 13 Ogos 2016

KEJOHANAN JUNIOR TAEKWANDO INVITATIONAL CHAMPIONSHIP 2016

Pada 13 Ogos 2016 ( Sabtu ) Kejohanan Junior Taekwando Invitantional Championship 2016 telah diadakan di Dewan Serbaguna,Taman Maju,Batu Pahat,Johor. Kejohanan sehari ini adalah anjuran Advance Taekwando Sports Academy ( ATSA ).

Murid SK Tun SAS telah menyertai kejohanan ini.
Keputusannya

Ammar  - JOHAN
Irfan      - Ke 3

Tahniah...






Selasa, 9 Ogos 2016

PENCAPAIAN TERBAIK NKRA ( KPI ) PROGRAM LINUS 2.0 TAHUN 1 HINGGA TAHUN 3 - 2016

Tahniah ..
SK Tun SAS berjaya mendapat anugerah Pencapaian Terbaik NKRA KPI Program LINUS 2.0 Tahun 1 hingga Tahun 3 - 2016
Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Tn. Abd Halim bin Abd Malek,PPD Melaka Tengah semasa Dialog Perlaksanaan Intervensi Program LINUS 2.0 PPD Melaka Tengah di Auditorium Hang Tuah Center.Duyung,Melaka.


 

Jumaat, 5 Ogos 2016

PROGRAM MENCARI BAKAT ANJURAN BAHAGIAN SUKAN,KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Program Mencari Bakat TID peringkat kebangsaan telah diadakan mulai 1 Ogos 2016 hingga 5 Ogos 2016
bertempat di
 1. Kolej Kediaman 11,Universiti Putra Malaysia
 2. Sekolah Menengah Kebangsaan  USJ 23
 3. Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat,Sg Besi

3 orang murid SK Tun SAS telah dipilih untuk mengikuti program ini

Penyertaan kontinjen Melaka adalah terdiri daripada :

Memanah      :   3 orang daripada SK Tun SAS
                         1 orang daripada SK Lereh
                         1 orang daripada SRA JAIM Batang Tiga

Sepaktakraw  :  1 orang daripada SK Bachang
                         1 orang daripada SK Seri Duyung
                         1 orang daripada SK Datuk Haji Baginda,Umbai

Badminton      :  1 orang daripada SK Bertam Hulu
                         1 orang daripada SJKC Bukit Beruang

2 orang guru pengiring adalah daripada SK Tun SAS






SEKITAR LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI ( PPKI ) SK TUN SAS KE MASJID TANAH

Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI ) SK Tun SAS telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Masjid Tanah .

Antara tempat yang dilawati ialah Perpustakaan Awam Masjid Tanah ( aktiviti mewarna dan tayangan 3 D ) ,Pejabat Pos Masjid Tanah ( aktivit membeli setem dan menghantar poskad ) dan Kompleks Falak Al Khawarizmi ( melihat bagaimana mencerap matahari )