Rabu, 4 Oktober 2017

LAWATAN PENANDAARASAN DARIPADA MGB KUANTAN - 3 OKT 2017

SK Tun SAS telah menerima lawatan penandaarasan daripada pihak Majlis Guru Besar Kuantan,Pahang Darulmakmur pada 3 Oktober 2017.
Lawatan ini adalah terdiri daripada 45 orang Guru Besar Daerah Kuantan yang diketuai oleh Yang Berbahagia,Datuk Mohamed Sabri bin Mohd Arshad,Pengerusi MGB Kuantan dan barisan JK MGB Kuantan.

Turut hadir bersama ialah Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS, En. Mohd Ali bin Yusof , En. Hasbi bin Mamat ,Pegawai ICT PPD Melaka Tengah dan barisan GPK SK Tun SAS.

Semasa lawatan Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad ,Guru Besar SK Tun SAS telah memberikan taklimat tentang aktiviti sekolah serta penerangan tentang  Program KBAT di SK Tun SAS.

Semua peserta lawatan juga telah berpeluang untuk  melawat ke Bilik KBAT SK Tun SAS 




   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan