Selasa, 19 Ogos 2014

MAJLIS PELANCARAN CERIA MERDEKA 2014

Majlis Pelancaran Ceria Merdeka 2014 telah diadakan pada hari ini semasa perhimpunan rasmi di Dataran Tun Tuah.
Majlis telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun Sas. Semasa berucap merasmikan majlis ini, Tn. Hj. Adam memaklumkan agar semua warga SK Tun Sas menghargai kemerdekaan yang telah dicapai oleh negara kita.
Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 57 ini bertemakan Malaysia : Disini Lahirnya Sebuah Cinta ini hendaklah dihayati maksudnya agar semua warga SK Tun Sas dapat mengekalkan dan menghargai jasa pemimpin-pemimpin yang telah berjuang mencapai kemerdekaan.

Semasa pelancaran ini , Tn. Hj. Adam telah mewarnakan bendera Jalur Gemilang sebagai gimik pelancaran Ceria Merdeka 2014.
Program yang dianjurkan oleh Panatia Sivik dan Kewarganegaraan SK Tun Sas ini telah menyediakan pelbagai aktiviti sepanjang Bulan Merdeka ini.


Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !







Tiada ulasan:

Catat Ulasan