Sabtu, 12 Mei 2012

SEKITAR PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR TAHUN 6

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Program Kemahiran Belajar untuk murid Tahun 6 dengan kerjasama Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi,Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Program sehari ini adalah untuk memberikan maklumat dan keyakinan diri kepada semua murid tahun 6 tentang kemahiran belajar yang perlu ada pada setiap murid .

Ucapan penghargaan dan terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia , Prof. Dr. Shahrin Sahib atas kesudian beliau memberikan ceramah dan motivasi kepada murid pada sesi pertama program ini.

Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi,Universiti Teknikal Malaysia Melaka atas kesudian mengadakan program ini.





 














Tiada ulasan:

Catat Ulasan