Sekolah akan bercuti mulai 26 Mei 2012 hingga 10 Jun 2012 . Warga SK Tun Sas ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid-murid SK Tun Sas. Semua murid akan bersekolah semula pada 11 Jun 2012 ( Isnin ) . Kepada murid-murid yang bercuti diharapkan agar dapat memenuhi masa cuti sekolah ini dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan jangan lupa mengulangkaji pelajaran.
Bagi murid Tahun 6 , Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2012 dan Program Kelas Tambahan akan dijalankan mulai 28 Mei 2012 hingga 31 Mei 2012. Teruskan perjuangan untuk menjana kecemerlangan diri dan sekolah.
Kehadiran adalah diwajibkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan