Jumaat, 11 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU

Sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini, warga SK Tun Sas mengucapkan " SELAMAT HARI GURU "  kepada semua warga pendidik di seluruh negara.

Hayatilah senikata lagu tema Hari Guru 2012....

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan

ulang c/o x2

Lagu : En. Rosman bin Adam
Lirik : En. Zainal Ariffin bin Yusof
(IPGM Kampus Ilmu Khas) 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan