Jumaat, 4 Mei 2012

KAJIAN RINTIS UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT KEPERLUAN PENINGKATAN PROFESIONAL GURU-GURU BAHASA INGGERIS DI BAWAH PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN VERSI 2 ( GPT 2.0 )

Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan Kajian Rintis kepada guru-guru Bahasa Inggeris di sekolah rendah di negeri Kedah,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Melaka dan Kelantan.

Kajian Rintis ini akan menggunakan Cambridge Placement Test ( CPT ) dan Pedagogy Standards For English Language (PSELT) secara atas talian bagi mengukur tahap profisiensi dan kompetensi guru-guru yang mengajar Bahasa Inggeris di sekolah rendah.

Kajian Rintis ini dijalankan mulai 7 Mei 2012 hingga 10 Mei 2012 dan direkodkan sebagai Latihan Dalam Perkhidmatan selama 3 jam.

Semua guru Bahasa Inggeris SK Tun Sas  diwajibkan menduduki Kajian Rintis ini.
Terdapat 2 instrumen yang digunakan secara atas talian iaitu ;

1. Cambridge Placement Test ( CPT ) untuk kefasihan - 50 soalan ( 30 minit )
2. Pedagogy  Standards for Eng. Lang. Teaching (PSELT ) untuk kompetensi - 127 soalan ( 60 minit )

Setiap instrumen akan diberikan token dan kata laluan khas yang akan diberikan pada hari Isnin ini.

MAKLUMAT LANJUT AKAN DIBERIKAN PADA HARI ISNIN ( 7 MEI 2012 ) INI.

Sila layari laman sesawang untuk rujukan .

   DEMO CPT

https://www.democpt.cambridgetest.org/cptApp/demoTest.html?method=languageSelection

PEDAGOGY STANDARDS FOR ENGLISH LANGUAGE ( PSELT )

http://119.110.97.182/pselt/





Tiada ulasan:

Catat Ulasan