Selasa, 19 April 2016

PERLAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN ( SEGAK )

  
 
Pada hari ini telah diadakan ujian SEGAK untuk semua murid tahun 5 . Ujian SEGAK ini dijalankan semasa waktu Kokurikulum . SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan "Jangkauan Melunjur"
Objektif SEGAK ialah menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal murid. Konstruk yang diukur: Perkembangan fizikal murid Kecergasan Senaman Pelaksanaan Pentaksiran SEGAK: Ujian SEGAK ditadbir oleh guru Pendidikan Jasmani dua kali setahun. Ujian ini dilaksanakan kepada semua murid sekolah rendah Tahap 2 dan peringkat menengah rendah. Ujian SEGAK dilaksanakan sejurus selepas BMI dijalankan. Keempat-empat aktiviti SEGAK hendaklah dilaksanakan pada hari yang sama. Skor ujian SEGAK direkodkan oleh guru Pendidikan Jasmani menggunakan borang.
 
 

 Perlaksanaan Ujian SEGAK ini dijalankan oleh Cikgu Faisal Sharif dan Cikgu Muhammad Khairi Bakar dan melibatkan semua murid tahun 5 SK Tun SAS.
 
 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan