Isnin, 15 Julai 2013

MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2013


Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling SK Tun Sas mengadakan Program Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah 2013 mulai 15 Julai 2013 hingga 19 Julai 2013.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tn. Hj.Adam bin Hj. Muhammad, Guru Besar SK Tun Sas pada majlis perhimpunan rasmi pagi ini.

Pelbagai aktiviti akan diadakan sempena Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah ini. Antaranya ialah Ceramah Pencegahan Dadah/Rokok oleh pihak AADK,Pameran Pencegahan Dadah/Rokok ,pertandingan melukis dan mewarna ,pertandingan Poster dan kuiz Anti Dadah.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan