Jumaat, 15 November 2013

JAMUAN AKHIR TAHUN DAN MAJLIS PERPISAHAN KELAB STAF SK TUN SAS 2013

Jamuan Akhir Tahun dan Majlis Perpisahan Kelab Staf SK Tun Sas telah diadakan di Philea Resort & Spa,Ayer Keroh,Melaka.
Majlis yang diadakan setiap tahun ini adalah untuk meraikan guru yang bertukar pada tahun hadapan.
Timbalan Pengerusi Kelab Staf SK Tun Sas , En. Mohd Yusof Abd Rahman memulakan ucapan bagi mewakili Kelab Staf SK Tun Sas.
Ianya diikuti oleh ucapan daripada Tn. Guru Besar,Tn. Hj. Adam bin Hj. Muhamad dan diikuti dengan guru yang bertukar iaitu Pn. Hjh. Rose Marina Mohd Said dan Pn. Norbaini Hj. Mohd Yussoff.

Pn. Hjh. Rose Marina telah dinaikkan pangkat dan dilantik sebagai GPK Ko Kurikulum di SK Seri Duyung manakala Pn. Norbaini Hj. Mohd Yussoff juga telah dinaikkan pangkat dan dilantik sebagai GPK Ko Kurikulum di SK Kg. Tun Razak.

Pn. Rose Marina adalah Pengerusi Kelab Staf SK Tun Sas dan Pn. Norbaini pula adalah Guru Data/Emis dan Setiausaha Kurikulum SK Tun Sas.

Warga SK Tun Sas amat menghargai jasa dan komitmen yang diberikan oleh kedua-dua orang guru ini semasa berkhidmat di SK Tun Sas.







  
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan