Selasa, 8 November 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN BERCERITA,BACA,EJA DAN KIRA KELOMPOK 1

Pada 1 November 2011 ( Selasa ) seramai 4 orang murid Pemulihan tahun 3 ,SK Tun Sas telah menyertai Pertandingan Bercerita,Baca,Eja dan Kira peringkat Kelompok 1 di SK Dato Demang Husin. Sebanyak 18 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut.

Seorang murid telah mendapat tempat ke 5 dalam Pertandingan Membaca manakala 3 orang lagi mendapat hadiah saguhati.

Para peserta dan pemenang menerima hadiah dan sijil penyertaan.

Pertandingan Membaca    :  Nur Ain bt Maslan ( Tempat ke 5 )
Pertandingan Mengeja      :  Muhammad Syahril Izzuan b Rosli ( Saguhati )
Pertandingan Bercerita     :  Syafiqah bt Mohamad Sarath ( Saguhati )
Pertandingan Mengira      :  Muhammad Danyal b Mohd Yusoff ( Saguhati )

TAHNIAH BUAT SEMUA PEMENANG..............





PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2011

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan telah selamat disempurnakan oleh Tuan Guru Besar,Tn. Hj. Safie Hj Jaafar pada hari ini.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Penyelaras Program,Pn. Aina Salwa dan diikuti dengan ucapan pelancaran dari Tuan Guru Besar.
2 orang pelajar tahun 6 telah mendeklamasikan sajak dengan nada yang penuh bersemangat . Seterusnya semua murid dan guru menyanyikan 2 buah lagu iaitu lagu " Bahasa Jiwa Bangsa " dan " Budi Bahasa Budaya Kita "

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang bulan bahasa ini . Antaranya :
1. Eksplorasi Bahasa   ( tahun 4 Kenanga )
2. Menulis Perkataan   : Tahun 1  : Benda
                                    Tahun 2  : Tumbuhan
                                    Tahun 3  : Haiwan
                             Tahun 4 & 5  : Menulis 2 rangkap pantun - tema bebas
3. Mengarang Esei Tahap 2 : tajuk - Sekolah Ku     






Ucapan alu-aluan dari Penyelaras Program ,Pn. Aina Salwa.





Bacaan Ikrar Bulan Bahasa.







Ucapan pelancaran dari Tuan Guru Besar.

Jumaat, 4 November 2011

JAMUAN AKHIR TAHUN BADAN PENGAWAS DAN PERPUSTAKAAN 2011

Jamuan Akhir Tahun Badan Pengawas dan Perpustakaan SK Tun Sas telah diadakan di Hotel Permaisuri MITC hari ini. Jamuan ini menggabungkan semua Pengawas Sekolah dan Pengawas Perpustakaan .

Majlis ini telah dihadiri oleh semua barisan pentadbiran SK Tun Sas dan semua Guru Badan Disiplin SK Tun Sas.

Tahniah kepada Badan Pengawas kerana dapat menganjurkan aktiviti ini.





Persembahan dari Pengawas Perpustakaan Sekolah.



Persembahan dari Pengawas Sekolah.







Ucapan dari Tuan Guru Besar, Tn. Hj Safie Hj Jaafar.







Pengacara Majlis memberikan ucapan alu-aluan.





En. Zainuddin memberikan ucapan selaku Ketua Guru Disiplin SK Tun Sas.

MAJLIS IHTIFAL KHATAM AL QURAN 2011 KAWASAN AYER KEROH.

Majlis Ihtifal Khatam Al Quran 2011 bagi kawasan Ayer Keroh telah diadakan di SK Teluk Mas.
SK Tun Sas telah menghantar 4 orang wakil ke pertandingan ini.

Adik Siti Nur Husna bt Mansur telah berjaya menjadi Johan bagi Kategori Ujian Tilawah ( Perempuan )
Bagi pertandingan Kuiz  SK Tun Sas hanya mendapat hadiah saguhati melalui . Dalam Kategori Ujian Tilawah    ( Lelaki  ) SK Tun Sas mendapat tempat keempat.

Berikut adalah keputusannya.

Johan Tilawah ( Perempuan )    : Siti Nur Husna binti Mansur
Keempat Tilawah ( Lelaki )       : Muhammad Abrar bin Firman
Saguhati Kuiz                           : Aiman Hafidz bin Suhaimi
                                                  Muhammad Ilyas bin Sutar
                                                  Muhammad Hafizuddin Akhtar bin Mohd Zainal Abidin

TAHNIAH BUAT SEMUA PEMENANG....



Khamis, 3 November 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 6 November 2011 ( 14 Zulhijjah 1432 ).
Murid-murid akan bercuti pada hari Isnin ( 7 November 2011 ) dan akan bersekolah semula pada hari Selasa     ( 8 November 2011 ).

Seluruh warga SK Tun Sas mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha.....


Rabu, 2 November 2011

KEM ICT 2011

Kem ICT 2011 akan diadakan pada :

Tarikh     :  5 - 9 Disember 2011
Masa      :  8.30 pagi  -  5.00 petang
Tempat   : Bilik Latihan,Pusat Komputer Kampus Induk,UTeM
Bayaran : RM 120.00 sahaja.

Murid-murid yang berminat untuk mengikuti kursus ini dikehendaki mendapatkan Borang Penyertaan daripada En. Mohd Hazreek Zainal.
Kursus ini memberikan pendedahan tentang :
1. Penggunaal E-Mel
2. Pengunaan Adobe Photoshop
3. Asas Microsoft Powerpoint
4. Penyediaan Folio
5. Pengenalan / Penggunaan Blog
6. Rekabentuk Blog

MURID - MURID  YANG BERMINAT BOLEH MENDAFTAR .... TEMPAT ADALAH TERHAD ..


Selasa, 1 November 2011

KEM BESTARI SOLAT SIRI 2

Program Kem Bestari Solat Siri 2 /2011  untuk Tahun 1 akan diadakan pada :

       Tarikh   :  2 November 2011 ( Rabu )
     Tempat   :  Surau,SK Tun Sas
Penglibatan  : Semua pelajar Islam Tahun 1
Masa          : 12.35 tgh  -  2.05 ptg

Program ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam / J-Qaf  SK Tun Sas.
Tujuan program adalah supaya murid dapat mengetahui cara-cara berwuduk dengan sempurna,mengetahui bilangan rakaat dalam solat dan cara-cara menunaikan solat dari segi bacaan dan perbuatan.
Di samping itu juga murid adalah diharapkan agar murid dapat melafaz niat solat berjemaah dengan betul,membaca dan menghafaz surah-surah dengan betul dan lancar serta dapat mempraktikkan solat bersendirian dengan sempurna.