Selasa, 14 Februari 2012

CIMB RISING STARS NATIONAL JUNIOR CIRCUIT 2012

Pasukan Skuash SK Tun Sas telah menyertai CIMB Rising Stars National Junior Circuit 2012 pada 8 -12 Februari 2012 yang lalu.

Adik Muhd Khair Ammar bin Laili  telah berjaya mendapat tempat ke 4 ( Kategori Bawah 9 Tahun )

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PASUKAN SKUASH SK TUN SAS...


MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PASUKAN KOIR SK TUN SAS

Pasukan Koir SK Tun Sas telah menyertai Pertandingan Koir sempena Karnival PIBG Sekolah-Sekolah Parlimen Bukit Katil pada 11 Februari 2012 yang lepas.
Pasukan Koir SK Tun Sas telah berjaya mendapat tempat ke 2 dalam pertandingan tersebut.





Sabtu, 11 Februari 2012

SEKITAR KARNIVAL PIBG SEKOLAH-SEKOLAH PARLIMEN BUKIT KATIL 2012

Karnival PIBG Sekolah-Sekolah Parlimen Bukit Katil 2012 telah berlangsung pada 11 Februari 2012 di Dewan Tun Ali,Bukit Katil mulai jam 7.00pagi hingga 10.00 malam.

Warga SK Tun Sas dan JK PIBG SK Tun Sas telah bersama-sama menyertai karnival ini.




Khamis, 2 Februari 2012

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Renungkanlah dan ambil iktibar dgn kehadiran Maulidur Rasul.....
Belajar Daripada Rasulullah s.a.w
Rasulullah adalah contoh teladan terbaik, bertepatan dengan firman Allah,

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (al Ahzab: 21)

“Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.” (al Qalam: 4)

percayalah... tiada ajaran sesuci ajaran ISLAM....

Sempena dengan sambutan Maulidur Rasul sekolah akan bercuti pada hari Isnin (6 Februari 2012 )
Murid-murid akan bersekolah semula pada hari Selasa ( 7 Februari 2012 )


SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL...

Rabu, 1 Februari 2012

PAPAN KENYATAAN ' A WORD A DAY '

Papan Kenyataan Program ' A Word A Day ' dimulakan mulai hari ini. Papan Kenyataan ini telah disediakan oleh Panitia Bahasa Inggeris SK Tun Sas.

Program ini bertujuan untuk memberikan perkataan ' baru ' kepada semua murid pada setiap hari dan di samping itu juga ianya dapat menambahkan perbendaharaan kata murid.
 

TAHNIAH BUAT PANITIA BAHASA INGGERIS ....