Khamis, 1 Mac 2012

MAKLUMAN TENTANG SEKOLAH GANTI ( 2 )

Adalah dimaklumkan bahawa pada hari Sabtu ( 3hb Mac 2012 ) adalah hari persekolahan ganti kali ke 2  sempena cuti Tahun Baru Cina yang lalu.

Semua warga SK Tun Sas diwajibkan hadir ke sekolah seperti biasa .
Jadual adalah mengikut jadual hari Jumaat.

WAKTU PERSEKOLAHAN   :  
Tahap 1 ( tahun 1,2 3 ) dan Tahap 2 ( tahun 4.5.6 ) adalah seperti berikut :

dari  7.45 pagi   -   12.05 tengahari.

Rehat : tahap 1 (tahun 1,2,3 )  -  10.15pagi - 10.35 pagi
           tahap 2 ( tahun 4,5,6 )  -  10.45pagi - 11.05 pagi

Kehadiran adalah wajib.
Harap maklum.

Isnin, 27 Februari 2012

Ahad, 26 Februari 2012

MAJLIS PEMUAFAKATAN IBUBAPA MURID TAHUN 6 - 2012

Majlis Pemuafakatan Ibubapa Murid tahun 6 (2012 ) telah diadakan pada 25 Februari 2012 jam 3.30 petang bertempat di Dewan Terbuka SK Tun Sas.

Majlis yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Tun Sas ini diadakan untuk memberikan maklumat tentang segala aktiviti yang akan dijalankan untuk kecemerlangan murid tahun 6.

Pengerusi PIBG SK Tun Sas ,Prof. Dr Shahrin Sahib juga telah hadir sama dalam majlis ini.

Ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih atas kesudian ibubapa murid yang telah hadir dan bersama-sama memberikan idea dan saranan untuk meningkatkan lagi pencapaian murid tahun 6 dalam UPSR 2012 nanti.














Para ibubapa yang hadir

Ucapan Tuan Guru Besar,Tn.Hj.Safie Hj.Jaafar

Ucapan Yang Dipertua PIBG,Prof.Dr.Shahrin Sahib 

Penerangan dari Ketua Panitia Matematik En. Mohd Yusof Ab Rahman





Penerangan dari Ketua Panitia Sains,
Pn. Mala a/p Mahalingam.




    Penerangan dari Ketua Panitia
    Bahasa Inggeris,Pn. Rohaya
    Omar.


  


Sesi soal jawab daripada ibubapa yang hadir.







Sabtu, 25 Februari 2012

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR SIRI 1/2012

Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Siri  1/2012 yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Tun Sas telah diadakan pada hari ini di Pusat Sumber SK Tun Sas.
Kesemua murid tahun 6 terlibat dengan bengkel ini dan murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Murid-murid tahun 6 didedahkan dengan keperluan dan teknik untuk menjawab soalan UPSR yang bakal dihadapi pada bulan September 2012 ini.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh guru-guru yang berpengalaman dan pakar dalam bidang masing-masing.
Antara guru yang terlibat ialah :

Bahasa Melayu   : Pn. Noor Harizawati Rabin/Pn. Zainon Dola
Bahasa Inggeris  : Pn. Muslihat Che Jaafar
Matematik            : En. Mohd Yusoff Hj. Abd Rahman
Sains                    : Pn. Mala a/p Mahalingam/Pn. Rose Marina Mohd Said




PENYERAHAN FAIL MENTOR MANTEE 2012

Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Tun Sas telah mengadakan Program Mentor Mantee 2012 bagi murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini.
Program ini adalah sebahagian daripada Program Kecemerlangan UPSR yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar,Tn. Hj. Safie bin Hj. Jaafar dalam satu majlis ringkas semasa perhimpunan rasmi sekolah hari Isnin (20 Februari 2012) yang lalu di di Dataran Ilmu SK Tun Sas.




Selasa, 21 Februari 2012

HARI PERSEKOLAHAN GANTI - 1

Adalah dimaklumkan bahawa pada 25hb Februari 2012 (Sabtu) adalah hari ganti persekolahan sempena cuti Tahun Baru Cina yang lalu.

Semua murid SK Tun Sas diwajibkan hadir ke sekolah mengikut jadual hari Khamis.

Harap maklum.

Khamis, 16 Februari 2012

MAJLIS PELANCARAN PEMBELAJARAN DI ATAS TALIAN E TUTOR

Majlis Pelancaran Pembelajaran Di atas Talian E- Tutor telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam,Ketua Menteri Melaka pada hari ini di Dataran Ilmu,SK Tun Sas. Pembelajaran dalam talian E-Tutor ini dikendalikan  oleh Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka(Micost) dan Perfisio Solution.
Majlis telah diserikan dengan persembahan Koir dari Kumpulan Koir Guru-Guru SK Tun Syed Ahmad Shahabudin.