Rabu, 4 Mac 2015

MAJLIS PELANCARAN NILAM 2015

Majlis Pelancaran Nilam 2015 peringkat sekolah telah diadakan pada 2 Mac 2015 ( Isnin ) semasa perhimpunan rasmi mingguan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia,Encik Mohamad bin Musip,Pegawai SISC + Bahasa Melayu  PPD Melaka Tengah merangkap Munsyi Dewan DBP.

Semasa  majlis perasmian Encik Mohamad bin Musip telah membacakan gurindam yang berbunyi

          Aduhai Anak Didikku
          Hidup Kita Mesti Berilmu
          Rajinlah Kamu Membaca Buku
          Setiap Hari Jangan Jemu

          Rajin Membaca Tidaklah Rugi
          Banyak Ilmu Yang Kita Dapati
          Masa Terjaga Elok Sekali
          Perangai Kita Elok Dicontohi

dan seterusnya dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim beliau telah merasmikan Program Nilam peringkat sekolah bagi tahun 2015.

Ucapan penghargaan dan terima kasih atas kesudian En.Mohamad bin Musip untuk hadir dan merasmikan program ini.





 

Khamis, 26 Februari 2015

MELAKA TV - PEMIMPIN PELAJAR PELAPIS CAPAI WAWASAN NEGARA

Video dari Melaka TV semasa Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar SK Tun SAS 2015 yang disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia, Datin Hjh. Fadilah Abdullah..


Isnin, 23 Februari 2015

MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR SK TUN SAS 2015

Majlis  Pelantikan Pemimpin Pelajar SK Tun SAS 2015 telah diadakan di Dataran Tun Tuah, SK Tun SAS.
Perasmian pelantikan pemimpin pelajar ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia, Datin Seri Hjh .Fadilah binti Abdullah,isteri Ketua Menteri Melaka.

Turut hadir bersama ialah YDP PIBG,SK Tun SAS,Tn.Hj.Arif Hj.Yusa dan barisan jawatankuasanya serta wakil PPD Melaka Tengah. 



Jumaat, 20 Februari 2015

Rabu, 18 Februari 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA SK TUN SAS 2015

Kejohanan Merentas Desa SK Tun SAS 2015 telah diadakan pada 17 Februari 2015. Semua murid Tahun 4,5 dan 6 terlibat dalam aktiviti merentas desa ini.

Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar ,SK Tun SAS telah melepaskan peserta larian mengikut kategori perempuan bawah 10,11,12 tahun dan diikuti dengan peserta lelaki bawah 10,11,12 tahun.




Sabtu, 14 Februari 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSM 2015

Tahniah buat Adik Syed Ali Zainal Abidin bin Syed Taha dari tahun 6 Kesturi  yang telah mendapat tempat ke 4 dalam Kejohanan Merentas Desa MSSM 2015 bertempat di Bukit Sedanan,Melaka pagi tadi.



Khamis, 12 Februari 2015

LAWATAN PENANDA ARAS DAN PROGRAM BINA INSAN GURU PISMP SEM. 5 IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

Seramai 30 orang guru pelatih PISMP Semester 5 Ambilan Jan 2013 TESL 2 dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn,Batu Pahat,Johor telah mengadakan lawatan dan Program Bina Insan Guru di SK Tun Sas hari ini. Guru-guru pelatih ini diiringi oleh 2 orang pensyarah dari IPG Kampus tersebut.

Sesi lawatan tersebut dimulai dengan sesi taklimat berkenaan latar SK Tun Sas, ciri-ciri kepimpinan sekolah,pengurusan sekolah ,iklim dan budaya sekolah. Taklimat telah disampaikan oleh Tn.Hj. Adam Hj Mohammad,Guru Besar SK Tun Sas dan En. Mohd Nasir Salim,GPK Hal Ehwal Murid.

Seterusnya kesemua peserta lawatan telah membuat lawatan persekitaran sekolah termasuklah Kelas Pra Sekolah,Bilik Muzik,Pusat Sumber Sekolah,Bilik Pemulihan,Bilik SAL, Kelas PPKI dan beberapa buah bilik darjah.