Program Terapi Bowling untuk murid-murid Program Pendidikan Khas Intergrasi ( PPKI ) SK Tun SAS telah diadakan di Melaka International Bowling Centre ( MIBC ) Ayer Keroh,Melaka.
Semua pelajar PPKI SK Tun SAS terlibat dengan program ini dan diiringi oleh semua guru PPKI.
Tahniah buat Penyelaras PPKI SK Tun SAS ,guru-guru dan PPM PPKI SK Tun SAS.
Khamis, 12 Mei 2016
Khamis, 5 Mei 2016
PERKHIDMATAN SEWAAN LOKER UNTUK MURID-MURID SK TUN SAS 2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Utk makluman semua ibubapa/penjaga.
Atas permintaan ramai ibubapa mengenai cadangan menyediakan Perkhidmatan Sewa Loker bagi mengatasi masalah berat beg sekolah anak-anak mereka.Pihak sekolah telah bersetuju melantik syarikat luar utk menyediakan Perkhidmatan Sewa Loker kepada ibubapa/penjaga yang berminat.
Surat tawaran akan diedarkan kepada semua ibubapa yang berminat melalui anak tuan/puan secara berperingkat-peringkat sehingga awal tahun hadapan.
Buat masa ini pemasangan telah dibuat di Kelas 5 Kenanga dan beberapa Kelas Tahun 5 yang lain.
Diharap semua ibubapa dapat bersabar memandangkan jumlah yang dibekalkan pada peringkat awal ini amat terhad.
![]() |
| LOKER SIMPANAN MURID-MURID BERKUNCI YANG TELAH DISEDIAKAN - 5 KENANGA |
Selasa, 3 Mei 2016
SEKITAR HARI BADAN BERUNIFORM SK TUN SAS 2016
MAJLIS PELANCARAN HARI BADAN BERUNIFORM SK TUN SAS 2016
Majlis Pelancaran Hari Badan Beruniform 2016 telah diadakan pada hari ini 3 Mei 2016 di Dataran Tun Tuah,SK Tun SAS. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, ASP Muhammad Huzir bin Buradi,Ketua Balai Polis Ayer Keroh.
Turut hadir ialah Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad, Guru Besar SK Tun SAS, Tn. Hj. Mohd Arif bin Hj. Yusa,Pengerusi PIBG SK Tun SAS, Lt. Aljibin bin Suddin, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Melaka Tengah,Tn. Hj. Semail bin Bahari,Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka,En. Sawi bin Basri,AJK Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Melaka, Guru-guru Penolong Kanan SK Tun SAS dan semua guru Pemimpin Unit Beruniform SK Tun SAS.

Langgan:
Catatan (Atom)