Selasa, 24 Mei 2016

PROGRAM GEGAU KAMPUS BANDAR UTEM 2016

Sempena dengan Program Gegau Kampus Bandar Utem 2016 mulai 24 - 26 Mei 2016 , SK Tun SAS telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan yang dianjurkan khusus untuk pelajar sekolah rendah sekitar Kampus Bandar Utem.

Pasukan SK Tun SAS telah meghantar seramai 20 orang murid menyertai pertandingan ini.

KEPUTUSANNYA

1.  PERTANDINGAN " PUZZLE CHALLENGE "
    
     Tempat Pertama  dan Kedua

2. PERTANDINGAN " FIND WORDS "

    Tempat Pertama, Kedua dan Keempat

TAHNIAH BUAT SK TUN SAS...






Rabu, 18 Mei 2016

SEKITAR PROGRAM SUKANTARA SK TUN SAS 2016 - 18 .5.2016








LAWATAN SAMBIL BELAJAR - KELOMPOK 1 PROGRAM PEMULIHAN KHAS MELAKA.

Kelompok 1 - Program Pemulihan Khas  Melaka telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Taman Rama-Rama,Melaka pada hari ini 18 Mei 2016 ( Rabu ) . Seramai 4 orang murid SK Tun SAS dari Program Pemulihan Khas terlibat dengan program ini.
Sebanyak 15 buah sekolah terlibat dengan program ini.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah  :
1. Mencari harta karun
2.. Penerangan mengenai serangga dan reptilia
3. Melepaskan rama-rama.
4. Memberi makan ikan

Kesemua murid yang terlibat dengan program ini diberikan Sijil Penyertaan.








Sabtu, 14 Mei 2016

BENGKEL PEMANTAPAN I THINK BERSAMA SK AYER MOLEK - 14 MEI 2016 ( SABTU )

JK I-Think SK Tun SAS telah menerima kunjungan daripada guru-guru  SK Ayer Molek pada hari ini.
Lawatan daripada guru-guru SK Ayer Molek ini adalah sebahagian daripada Program Bengkel Pemantapan I Think di SK Tun SAS.


 Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar, SK Tun SAS memberikan penerangan tentang Program I Think yang dijalankan di SK Tun SAS kepada semua guru SK Ayer Molek.