Sabtu, 27 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua ibubapa/penjaga dan murid-murid SK Tun Sas. Semoga Aidilfitri pada tahun dapat dirayakan dengan penuh semangat keinsafan dan saling bermaaf-maafan.

Kepada murid-murid Tahun 6 .. diharapkan agar sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang akan dihadapi pada 13-15 September 2011 ini.
Semoga musim cuti perayaan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya demi untuk kecemerlangan diri dan sekolah.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ... MAAF ZAHIR BATIN...


Jumaat, 26 Ogos 2011

MAJLIS KHATAM AL -QURAN PERINGKAT SK TUN SAS 2011

Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah telah dijalankan pada 26 Ogos 2011 bertempat di Dewan Terbuka SK Tun Sas. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia,Prof. Dr. Hj. Shahrin Sahib,Yang Dipertua PIBG SK Tun Sas.
Semasa majlis ini juga diserahkan sumbangan ikhlas dari ibubapa/penjaga SK Tun Sas kepada pelajar-pelajar miskin dan anak yatim.





















SUMBANGAN PELAJAR MISKIN   - klik di sini


SUMBANGAN ANAK YATIM           - klik di sini

MAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN

Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan mula bercuti mulai 27hb Ogos 2011 hingga 4hb Sept.2011.
Sekolah akan dibuka semula pada 5hb September 2011 (Isnin).

Untuk murid-murid Tahun 6 diharapkan dapat mengulangkaji untuk menghadapi Peperiksaan UPSR pada
13 - 15 hb September 2011 nanti.

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI.

Harap maklum.














Khamis, 25 Ogos 2011

PERTANDINGAN PIDATO CERIA MERDEKA

Pertandingan Pidato Ceria Merdeka telah diadakan di Dewan Terbuka SK Tun Sas bersempena dengan sambutan Ceria Merdeka 2011. Pertandingan ini disertai oleh murid-murid tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6 )
























Rabu, 24 Ogos 2011

SEKITAR PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM CERIA MERDEKA

Pertandingan Pakaian Beragam Ceria Merdeka telah dijalankan pada hari ini 24hb Ogos 2011. Peserta terdiri daripada murid-murid dari Tahap 1 dan Tahap 2.




Peserta yang mengambil bahagian.




Pemenang bagi kategori Tahap 1.






Pemenang kategori tahap 2.










 GALERI FOTO : PAKAIAN BERAGAM CERIA MERDEKA. ( klik di sini )

Selasa, 23 Ogos 2011

SEKITAR PERTANDINGAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK PATRIOTIK.

Pertandingan Mendeklamasikan Sajak Patriotik telah dijalankan dengan sempurnakan pada 22 Ogos 2011 yang lalu  di Pentas Terbuka SKTSAS  . Pertandingan terbuka kepada murid-murid Tahap 2 ( tahun 4,5,dan 6 )Ianya dijalankan sempena Sambutan Bulan Merdeka 2011 peringkat sekolah.