Khamis, 17 November 2011

PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2011

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) diumumkan pada hari ini.
Seramai 86 orang murid Tahun 6 SK Tun Sas telah menduduki peperiksaan ini pada bulan September yang lalu.

Keputusannya ialah seramai 12 orang murid telah berjaya mendapat 5A dalam semua matapelajaran .Manakala peratus lulus keseluruhan ialah 93.0%.

Satu majlis ringkas diadakan di Pusat Sumber SK Tun Sas untuk menyampaikan slip keputusan peperiksaan ini.
Majlis ini dihadiri oleh sebahagian dari ibubapa/penjaga murid tahun 6 dan juga AJK PIBG SK Tun Sas.

TAHNIAH !! BUAT SEMUA MURID TAHUN 6 YANG TELAH BERJAYA.
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan