Rabu, 4 Januari 2012

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2012

Hari pertama persekolahan sesi 2012 bermula pada hari ini 4 Januari 2012 ( Rabu ). Perhimpunan rasmi telah diadakan pada hari ini. Ianya dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku,Lagu Melaka Maju Jaya dan Lagu Wawasan Pendidikan Melaka.
Seterusnya diikuti dengan ucapan alu-aluan dari guru yang bertugas iaitu Pn. Nizawati Md Zin. Beliau memaklumkan tentang kehadiran dan waktu balik semua murid. Waktu balik adalah seperti berikut :
 
           Pra Sekolah   : 12.00 tengahari
       Tahun 1,2,4,5,6  : 1.05 tengahari
               Tahun 3      : 12.35 tengahari

Seterusnya ialah ucapan dari Tuan Guru Besar,Tn Hj. Safie Hj Jaafar. 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan