Jumaat, 12 Oktober 2012

LAWATAN KERJA DARI SK TENGKU MAHMUD 2,BESUT,TERENGGANU

SK Tun Sas telah menerima kunjungan dari SK Tengku Mahmud 2,Besut Terengganu pada hari ini.
Lawatan kerja ini disertai oleh warga pendidik SK Tengku Mahmud 2, staf dan kakitangan serta PIBG SK Tengku Mahmud 2 seramai 80 orang.

Lawatan kerja ini diiringi oleh Pn. Naziah Ramli, Pegawai Unit Perhubungan,Jabatan Pelajaran Melaka.
Lawatan kerja ini dimulakan dengan sesi penerangan tentang aktiviti dan program yang dijalankan di SK Tun Sas sejak tahun 2011 yang diterangkan oleh Tn.Hj. Safie Hj.Jaafar - Guru Besar SK Tun Sas.
Satu persembahan multimedia juga telah dipersembahkan kepada semua peserta lawatan di Pusat Sumber SK Tun Sas yang dikendalikan oleh Pn. Roslinda dan En. Mohd Hazreek dari Unit ICT SK Tun Sas.

Seterusnya sesi lawatan ke Bilik Muzik,Bilik Pemulihan, Bilik Darjah tahun 1 dan seterusnya ke Dewan Terbuka Tun Fatimah untuk sesi menjamu selera.
Pasukan Tarian dan ' Action Songs ' SK Tun Sas telah memberikan persembahan semasa jamuan ini.

Ucapan ribuan terima kasih atas kesudian SK Tengku Mahmud 2 kerana sudi membuat lawatan ke SK Tun Sas.








 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan