Sabtu, 3 November 2012

SEKITAR SUKAN TAHUNAN SK TUN SAS KALI KE 2

Majlis Sukan Tahunan SK Tun Sas kali ke 2 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini di padang SK Tun Sas.
Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berbahagia,En. Mohd Shahrom ,Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Melaka Tengah.
Yang Berbahagia,En. Shahrom telah melepaskan beberapa ekor burung sebagai gimik perasmian sukan pada kali ini.

Majlis Penutupan pula disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Prof. Dr. Hj. Shahrin Sahib,Yang Dipertua PIBG SK Tun Sas.

Sukan Tahunan SK Tun Sas kali ke 2 ini dihadiri oleh semua guru SK Tun Sas , para ibubapa dan murid-murid dari Tahun 1 hingga 6.
Ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam, sukarela dari Utem dan Pelatih dari IPPM Kampus Perempuan Melayu Melaka kerana sudi menyumbangkan tenaga dalam menjayakan Sukan Tahunan SK Tun Sas pada tahun ini.



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan