Isnin, 31 Disember 2012

HARI ORIENTASI/PENDAFTARAN TAHUN SATU/PRA SEKOLAH 2013

Majlis Orientasi dan Pendaftaran murid Tahun 1 dan Pra Sekolah telah diadakan di SK Tun Sas pada hari ini. Majlis Orientasi murid Tahun 1 diadakan di Dewan Tun Fatimah SK Tun Sas.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran YDP PIBG SK Tun Sas, Prof. Dr. Shahrin Sahib.

Sesi penerangan untuk ibubapa/penjaga murid tahun 1 telah diberikan oleh Tuan Guru Besar SK Tun Sas, Tn. Hj. Safie Hj. Jaafar.

Majlis Pendaftaran Murid Pra Sekolah pula diadakan di Dewan Makan Pra Sekolah dan sesi penerangan diberikan oleh GPK Hal Ehwal Murid SK Tun Sas,En. Mohd Nasir Salim.
 









Tiada ulasan:

Catat Ulasan