Sabtu, 13 September 2014

PROGRAM BERSAMA HOMESTAY KG. LONEK,JEMPOL,NEGERI SEMBILAN

Badan Pengawas dan Unit Bimbingan Kaunseling SK Tun Sas telah mengadakan Program bersama Homestay Kg.Lonek,Jempol,Negeri Sembilan pada 12-13 September 2014. Program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid mengenai aktiviti dan suasana kampung.
Semua murid menginap bersama dengan keluarga angkat di kampung ini.

Pelbagai aktiviti diadakan untuk memberikan pengalaman baru kepada murid yang terlibat.Antaranya ialah aktiviti mengocha ikan, demontrasi/merasai pengalaman menoreh getah,mengacau dodol,dan mengemping padi.

Acara sukan rakyat seperti Tarik Upeh,Kelereng dan Bowling Kelapa juga diadakan. Murid juga didedahkan dengan persembahan Bongai dan permainan Caklempong yang dikendalikan oleh pihak Homestay Kg.Lonek.





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan