Selasa, 28 Oktober 2014

SEKITAR PROGRAM SELEPAS UPSR - PENGURUSAN JENAZAH / MEMBINA GAJET PERKHEMAHAN

Program Pengurusan Jenazah telah diadakan di PSS SK Tun Sas pada hari ini. Program ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam/J-Qaf ini dikendalikan oleh Ustaz Zairul Idzham dan Ustaz Safizan. Murid-murid telah didedahkan tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa menguruskan jenazah .
Program ini adalah sebahagian daripada Program Selepas UPSR untuk murid-murid tahun 6.Program ini dilaksanakan dari jam 8.30 pagi hingga 10.45 pagi.






Program yang kedua ialah Penghasilan dan Pembinaan Gajet Perkhemahan . Program yang dikendalikan oleh Badan Beruniform SK Tun Sas ini adalah untuk mengenalkan murid-murid tentang apa itu gajet yang boleh dibuat semasa berkhemah. Tahniah buat En. Abd Halim yang telah mengendalikan program ini.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan